Insaf 1 Syawal

Syawal menjelang lagi, Ramadhan mengundur diri.... seperti biasa, di pagi Syawal, teman & keluarga akan bersolat Aidilfitri di sebuah musolla. Sewaktu kami tiba, takbir telah berkumandang, kenderaan jemaah telah memenuhi ruang letak kereta musolla. Ayah teman memarkir kereta berdekatan sepohon pokok rambutan.

Melangkah ke ruang muslimah, saf-saf depan masih kosong...ramai yang mengambil tempat di saf ketiga dan empat. Teman mengambil ruang di saf kedua. Tidak lama sebelum solat bermula, sedikit 'briefing' tentang pelaksanaan solat sunat Aidilfitri disampaikan. Ketika itu, saf-saf kosong telah dipenuhi. Tiba-tiba seorang wanita, isteri kenamaan baru tiba dan terus berjalan ke hadapan dan berusaha untuk 'memboloskan' diri di antara muslimah di saf pertama. Berlaku di depan mata teman, teman lihat, beliau mengeluarkan sejadah dari beg telekungnya. Lalu membentangkan sejadah di atas sejadah panjang yang telah tersedia. Berusaha pula untuk duduk di antara muslimah tersebut. Muslimah di sebelah kiri memberi ruang tetapi masih sempit dan akhirnya, muslimah tersebut mengundurkan diri ke saf kedua. Solat bermula dan selesai, acara seterusnya; bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bermesra

Usai. Kami ke destinasi seterusnya. Pusara datuk nenek moyang teman. Setiba di sana, tiada tempat untuk memarkir kereta kerana sebuah kereta meletakkan kenderaan di atas jalan masuk menuju ke kuburan. Ayah terpaksa berpusing dan mencari ruang. Alhamdulillah... dipermudahkanNya.

Kami berjalan kaki masuk ke kawasan kuburan. Orang di perkuburan ada yang beransur pulang dan ada yang baru tiba. Bukanlah teman sengaja memasang telinga tetapi tertangkap pula perbualan dua lelaki di usia hampir persaraan. Antara bait-bait kata yang menembusi telinga teman ialah: kereta Honda?, bukan Wira tetapi lampunya, Sedan, bentuk, design

Mohon keampunanMu Ya Tuhan...

bukan niat teman untuk memburukkan/menjatuhkan air muka sesiapa tetapi 3 senario di pagi 1 Syawal tahun ini menginsafkankan teman. Kehidupan sederhana yang dilalui kini membuka mata teman melihat dunia sebenarnya. Doa dan ingatan teman untuk diri dan hambaNya terutama para pelakon di senario di atas; ingatlah dunia yang satu lagi.....



Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah