Posts

Showing posts from November, 2009

Ku mohon

Image
setiap hariku memohon agar Kau sentiasa memberiku ketenangan dalam hati kekuatan menempuhi segala dugaan yang mencabar ini pasti punya ertinya Kau beriku harapan menjawab segala persoalan hadapi semua dalam tenang dengan merasa kesyukuran kudoa Kau selalu mengawasi gerak geriku berkatilah ku perlu rahmat dariMu oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu adakalaku merasa hidup ini seperti kaca jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya tabahkanlah hatiku melalui semua itu oh kuatkanlah cekalkanlah diriku oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu curahkanlah nikmatMu pada hidupku terangkan hati dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini oh Tuhan dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabara...

SALAM 'AIDILADHA

Image
Di kesempatan ini, teman ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada teman-teman yang mengunjungi ruang teman ini. tidak lupa juga ucapan selamat ulangtahun kepada bonda kami yang kebetulan jatuh pada hari raya kali ini... nantikan surprise from us adik beradik....

Kenali Ahli Sufi Ibrahim bin Adham (Raja yang Zuhud)

Kisah ini dipetik dari emel yang dimajukan oleh Tuan Syed Salim Syed Shamsudin, Faculty of Syariah & Law, Islamic Science University of Malaysia (USIM). Sama-sama kita mengenali ahli sufi ini. Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal. Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?” “Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap...

Wanita misteri?

Image
Ada orang kata saya ini banyak berahsia, bermisteri..misterinya.. misterikah saya? jika saya bermisteri, of course, saya tidak akan developed blog saya sendiri.. jika orang bertanya, bagaimanakah saya? siapa saya? saya cadangkan, tatap ajelah gambar di atas ini. saya sendiri ketawa kerana gambar di atas mewakili 65% diri saya. selebihnya? ermm camne ye... Bagaimana saya mahu orang menilai diri saya? nilaian yang terbaik; terokalah tulisan-tulisan saya.. saya bukan bermisteri... cuma memperkenalkan diri dengan cara saya sendiri...salam perkenalan untuk teman baru...

Baby in China dies while doctor plays online game

AP - Friday, November 13 BEIJING – A 5-month-old baby died in a hospital amid pleas for help from his parents while his doctor played video games online in eastern China, health authorities said Friday. An investigation showed Dr. Mao Xiaojun was playing an online version of "Go" on the night shift and did not take the parents' pleas for help seriously, the Jiangsu province health department said in a press release. "When efforts were being made to save the baby, the mother got on her knees in the doorway of the ear, nose and throat department and pleaded for help," the statement said. The baby died the next morning, Nov. 4, from complications caused by an eye infection, the statement said. Officials at the state-run Nanjing Children's Hospital could not be reached for comment. The department's statement said Mao "covered up the truth" in an initial investigation. But more probing found that she had been playing "Go" on an instant mes...

Kursus Chef di Puncak Bukit

Kunjungan ke rumah sahabat lama di puncak bukit tempoh hari memberi kami peluang;bukan sekadar bertukar kisah dan pengalaman, bertukar resipi pun sempat... sahabat saya ni tidak pernah daftar mana-mana kolej masakan, yang didaftarnya ialah streamyx service. Selain dari itu, kelas Sains Rumahtangga (SRT) semasa kami sama-sama di bangku sekolah. Ilmu yang selebihnya, dikutip secara informal seperti saya memperolehi ilmu masak memasak dari ibuayah, sedara mara, kawan-kawan dan tidak ketinggalan; sumber internet. Berbeza dengan saya, secara praktikalnya, sahabat ini dah ada track record; improved cooking skills... jangan tak caya... di atas bukit, kat Bukit Jalil tu ada chef misteri... Saya pun sempat membantu sahabat menyiapkan pesanan pakej orang lepas bersalin (dalam pantang). Sambil membuat kerja di dapur, berbual dan inilah antara beberapa resipi yang dikongsi. Ikan bilis goreng untuk orang berpantang (kali pertama ambil tahu masakan camni) Ikan bilis digoreng garing, pastu masukkan ...

PERNAH TAK KITA ....?

Image
Pernah tak, apabila kita bertemu dengan - seorang peramah; kita berasa kita sebahagian daripadanya - seorang periang; kita turut berasa riang - seorang pemarah; amarahnya memercik ke wajah kita - seorang ilmuan; ilmunya singgah di dada kita Pernah tak, apabila berhadapan situasi - kelam kabut; kita belajar mengurus suasana - tenang; kita belajar menikmatinya - riuh rendah; kita belajar menyesuaikan diri - sunyi; kita belajar menghayati sepi Pernah tak, apabila berasa - gembira; kita senyum - geram; kita marah kucing (tak pasal-pasal kucing jadik mangsa) - gemuk; kita tak makan malam - bosan; kita megholoh je la...

meh belajo loghat teman

Ramai yang beranggapan loghat perak tu sama saja tapi bagi anak Perak sendiri, masing2 akan keliru juga sebab terdapatnya istilah2 yang disebut berlainan mengikut daerah masing-masing. Disebabkan teman ni anak Padang Ghengah, maka teman nak ketengahkan la sebutan2 istilah yang ada di Perak ni khususnya di daerah teman sendiri. Sebagai panduan kepada anak-anak murid yang tidak ada sebarang pendedahan dengan loghat Perak, diingatkan 'accent' orang Perak ni ada macam bunyi orang Perancis le sikit...mulakan dengan bismillah.. 1. sidang = reda Cth ayat: hujan tengah lebat nih...bahaya bawak motor, tunggu sidang dulu Ayat standard: Hujan lebat ni…bahaya menggunakan motor. Tunggu hujan reda dulu 2. melantak = makan dengan banyak & lahap Cth ayat: uih! Mike ni nak makan ke melantak? Bior bebeno yop, nasi dah ghope gunung pondok je.. Ayat standard: fuyo! Awak ni makan ke atau mentekedarah? Biar betul, nasi dah nampak macam Gunung Pondok... 3. tembin= gemuk yang tak seksi, menggel...

my first formal education

Image
I asked my parents to enrol me to the school. Can't stand the bored as my friends went to school. Everyday, I'm singing Sharifah Aini's song with slight modification to the lyrics: instead of 'abang sayang abang di mana...hati risau mengenang dikau...abang sayang hatiku bimbang lama ditunggu tak tiba ' to 'abang sayang abang di mana...hati risau mengenang dikau, abang sayang hatiku bimbang kerna tak dapat pi sekolah ' Finally, I was part of this special kindergarten. One of the youngest.... This place is not 1 Malaysia kindergarten but 1/4 global kindergarten... Malay, Chinese, Indian, Australian; we are together in class. About the picture The photos was taken on 1978, Butterworth. The sitting Indian lady is our Headmistress. The young Indian lady and the men stand behind us are our teachers.The handsome man wearing neck tie; his task was fetching us. Uncle always smiling, look calm and patience. We learned drawing, writing, reading, singing, respect each o...