BIAR PAPA ASAL BERGAYA
Ungkapan ini sering dikaitkan dengan anak negeri Perak. Saya pernah dijadikan bahan sindiran oleh Datin Pengerusi, majikan tempat lama saya bekerja. Sindiran yang agak tajam kerana katanya orang Perak sanggup berhabis-habisan, menghabiskan wang ringgit hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak agar tampil bergaya segak.
Benarkah?
Memandangkan saya sahaja anak negeri Perak dan jelas sekali beliau maklum hal ini, beliau meminta saya mengiakan sebagai tanda bersetuju. Saya angguk sahaja kerana beliau bercakap di khalayak para orang bawahan. Benarkah? Adakah Pembantu Khas beliau yang mengenakan tudung bawal dan berbaju kurung atau sekali sekala berkebaya labuh dengan solekan serba sederhana, menyandang beg kulit yang sama setiap hari ini berpegang kepada prinsip Biar papa asal bergaya?
Kata bonda saya, "Macam mana susah hidup kita pun, jangan sesekali tunjukkan kesusahan kita. Jangan dek kerana susah, tak berduit, kita nampak selekeh. Pakaian kita kena dijaga. Walaupun baju lama, bior bergosok kemas. Itu harga diri kita"
Saya bertanya, "Yang orang kata Bior pape ase bergaye tu macam mana pulak?"
Jawab bonda, "Ate, kalau dah tak berduit, takkan nak pakai macam peminta sedekah pulak. Tak baik tunjukkan dhaif kita. Selagi boleh usaha, berusaha. Yang baru habih U, takde keje, nak cari keje; kalo dah pegi temuduga pakai pun tak kemas, tak kene tempat, tertarik ke oghang nak amik bekerja?... kalo boleh time ni le kite keluarkan baju-baju baru yang jarang-jarang dipakai tapi bersesuaian le. Biar nampak segak"
Ye tak ye jugak...betul jugak cakap bonda walaupun hakikatnya sekarang ni graduate nak mintak kerani kontrak pun kene pakai kabel ke wireless ke... he he
Kembali kepada prinsip yang diutarakan. Saya teringat juga setiap kali tiba musim durian. Musim inilah para pemilik pokok durian dan peraihnya meraih pendapatan lumayan. Jika pembaca-pembaca meninjau di tempat pertemuan antara pemilik/tauke durian dan peraih, lihatlah pakaian tauke. Pada waktu pagi-pagi sebegitu, tiada yang berpakaian segak bergaya. Baru balik dari dusun dengan keletihan dan penat menunggu durian luruh, mengutip, melonggokkan, mencuci, dan menghantar ke tempat perjumpaan dengan peraih. Sudah tentu berpakaian seperti hang kebun tetapi poket seluor kembung yeop, yong... dealing in cash term... Selepas habih musim durian, tidaklah sesibuk musim durian. Ha... waktu inilah baru yeop-yeop kita ada masa nak membeli-belah baju baru. ate...segak bergaya le deme..
Yang boleh saya simpulkan di sini. Dari pandangan majikan saya, bonda tercinta dan saya sendiri; dapatlah dikatakan penerimaan prinsip ini adalah bergantung kepada pandangan positif atau pandangan sinis seseorang atau pandangan dengan keterbukaan. Majikan saya bersuamikan anak negeri Perak tetapi tidak pernah tinggal di tanah Perak, apalagi menjejak kaki di tanah kelahiran allahyarham Dato'. Bonda saya dilahirkan dan dibesarkan di tanah Darul Ridzuan. Saya? anak Perak yang sudah biasa menjadi anak perantauan sejak berusia 44 hari dan pernah dididik di tanah tumpah darah ayahbondanya. Siapa yang lebih mengerti prinsip ini? Tepuk dada tanya selera, ketuk hati tanya akal...

Comments
http://paksuu.com
http://paksuu.com