Penghargaan...... pelaburan bernilai

Susulan dari tajuk entry saya terdahulu; penghargaan: 1 impak pelaburan. Ramai yang beranggapan situasi tersebut baik untuk diteladani/sempadani jika kita terlibat dalam dunia perniagaan.

Bagi saya, tidak sama sekali...dalam kehidupan harian, ada insan yang terlepas pandang tentang nilai sebuah penghargaan(appreciation)

Bagaimana menghargai seseorang? dalam entry yang lalu, penghargaan yang saya maksudkan ialah kunjungan ziarah dari seorang majikan kepada orang bawahan yang ditimpa musibah.

Menghargai seseorang tidak memerlukan kita berbelanja wang ringgit, intan berlian...inilah pendapat saya yang adakalanya tidak selari dengan orang lain...

Seorang kenalan pernah meminta saya tidak menghubungi secara langsung. Mahal katanya, mudah ber sms sahaja. Saya jelaskan, saya menghubungi untuk satu pelaburan. Menerusi perbualan secara langsung, emosi yang di sebelah sana boleh diketahui. Intonasi, nada suara masih boleh dikenalpasti walau tidak bertentang mata. Pandangan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak lebih spontan dan bukan difikir terlebih dahulu, ditulis/padam seperti penggunaan sms atau emel. Saya tidak bermaksud menafikan penggunaan sms dan emel dalam sesebuah komunikasi. Bagi saya, berkomunikasi dengan kenalan yang tidak pernah bersua rupa memerlukan kepelbagaian bentuk dan alat komunikasi. Ini satu pelaburan untuk saya. Ehmmm macam mana pula tu? Ya...untuk menilai kesahihan, kejujuran, kesesuaian sesebuah persahabatan. Membuat panggilan dan menerima panggilan, bercakap secara langsung pula;adalah satu penghargaan bagi sebuah persahabatan yang baru terjalin.

Jika saya berkomunikasi dengan teman-teman yang pernah sepejabat, serumah, sekelas, bermusafir bersama; apabila membaca emel atau sms, riak wajah dan intonasi pengirimnya sudah kita maklum. Sejauh mana kejujuran, keikhlasan pengirimnya, kita boleh letakkan kepastian 80%.

Satu contoh mudah: di antara sms promo yang kita terima dan panggilan dari customer service centre yang mempromosi produknya; yang mana satu kita memberikan respons yang lebih pantas. Walaupun jawapannya sama, 'saya tidak berminat', petugas yang manakah yang benar-benar pasti sejauh mana 'tidak berminat' itu? Petugas yang menerima respon sms promo atau petugas service centre?

Akhir kata, ingin saya mengingatkan diri saya dan para teman yang menghayati tulisan saya ini: setiap tindakan pasti ada balasnya...pelaburan membuahkan hasil negatif atau positif... wallahu'alam

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang