Loghat Teman, siri 3
Dalam siri mari belajar loghat teman kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa patah perkataan baru yang berkaitan dengan bau. Bau menggunakan pancaindera hidung. Mengikut pengetahuan saya tentang penggunaan istilah bau di kalangan masyrakat setempat, terdapat beberapa istilah yang agak luar biasa didengari dalam bahasa harian orang-orang luar daerah. Berikut ialah perkataannya.
1. Mengit
mengit ini adalah gambaran apabila hidung tercium bau yang kuat dan boleh membuka selera penghidu tersebut.
Contoh ayat:
1.1 "Pagi-pagi, menghala je ke Kampung Paya Renggam tu, agak mengit je hidung ni... mana taknye... deghoyan deme bertimbun tepi jalan"
Ayat difahami: "Jika menuju ke Kampung Paya Renggam pada waktu pagi, hidung ni tercium bau yang kuat. Apa tidaknya, durian-durian mereka bertimbun di tepi jalan"
1.2 "Sapa le ni... time2 Subuh macam ni dah menumih sambe. Mengit.... je. Lapo dibuatnya"
Ayat difahami: "Siapalah agaknya yang menumis sambal di waktu Subuh? Kuatnya bau... Lapar pula rasanya"
2. Melantong
melantong pula adalah gambaran bau yang amat tidak menyenangkan dan sesiapa sahaja yang menghidunya akan cuba menghindari/menjauhkan diri atau menyahkan bau tersebut. Menyahbau ini mungkin perlu berkali-kali, pakai Febreeze pun belum dijamin berkesan.
Contoh ayat:
2.1 Lokasi:Di sebuah rumah sewa bujang.
"Oi! Ni sapa punya keje ni? masak pandai, basuh tak gheti. Melantong bau kerak nasi terendam dalam peghoyok..."
Ayat difahami: "Oi! Siapa buat hal ni? memasak pandai, membasuh tak pandai. Busuk benar bau kerak nasi yang terendam dalam periuk..."
2.2 "Yeop, mintak maap le, nak bertanya; stokin mike tu dah berapa lama pakai tak basuh-basuh? Tak sedor ke? dah melantong, nak muntah dibuatnya"
Ayat difahami: "Yeop, minta maaf, hendak bertanya; stokin awak tu sudah berapa lama dipakai tanpa dicuci? Tidak perasankah? Sudah kuat sangat bau busuknya. Rasa hendak termuntah pula"
Kawan-kawan, inilah sahaja dua perkataan baru dengan dua contoh ayat untuk kita pelajari hari ini. Akhir kata, Bahasa kita lambang budaya kita...

Comments