tercalar hati, terguris rasa.... membaca catatan blog seorang rakan blogger... komennya tentang golongan yang digelar andalusia. seolah2 dia expertise... apabila dia menyebut kekadang golongan ini memang pelik & aneh seolah-olah perempuan andalusia ini adalah satu spesis dari bulan. dari tulisan-tulisannya, dia mengingatkan yang golongan ini jenis mengongkong, sehingga bercakap dengan lelaki di hp pun tidak boleh lama2... benarkah? sebagai sebahagian dari golongan yang digelar sedemikian, bukan kehendak & kerelaan kami. jodoh, pertemuan, ajal, maut di tanganNya jua. saya biasa tinggal di rumah sewa. of course, dengan adik-adik muda, yang mungkin digelar andarmuda kot... kalau pulang mereka sehingga awal pagi, 1-2 am atau 2-3 am, tidak pula saya menegur. mungkin mereka ada hal... anggap yang baik2 sahaja. lagipun, kalau makayah dia pun dah lepaskan dia ke kl, bermakna makayah dia dah beri 100% kepercayaan kat dia. siapalah kita hendak menegur, melarang. saya menegur jika house...