memori ramadhan...
terlalu lama saya tidak menulis dari hati... kisah untuk dikongsi bersama... sebenarnya, banyak yang mahu dikongsi tentang kenangan ramadhan yang lalu... kenangan indah ramadhan. dugaan ramadhan. bermacam2. kenangan bersama orang-orang yang penting & disayangi, bersama yang dihormati, bersama teman seperjuangan, bersama orang dikenali. kenangan & dugaan ramadhan sebagai pelajar, pencari rezki, musafir, penganggur, anak, cucu, kakak, orang bawahan, hidup sendirian, dan apa lagi ye...?
dalam perancangan saya, mahu berkisah seawal ramadhan, tapi apakan daya, tak mampu mengikut rencana sendiri lantaran jari-jemari seolah-olah kekok untuk menaip dan fikiran buntu menyusun kata.
pada awal ramadhan, tugasan pentranskripan diterima. masalah teknikal & server yang lembap, melembapkan penyiapan transkrip. apatah lagi, kali ini perlu diterjemahkan pula... siap transkrip. mahu berehat dari menghadap monitor dan menyentuh papan kekunci. beberapa hari selepas itu, masuk kem. selepas 3 hari baru membuka laptop, itupun disebabkan mahu mencari bahan untuk majlis penutup program.
malam ini, apa yang mahu dikisahkan? mungkin saya mula dengan ramadhan sbg penuntut usm.
ye kenangan indah bersama sahabat seperjuangan... idah, lia, nini, ina, & housemate di rumah sewa gelugor. kecoh, bising time berbuka & bersahur.. apa sahaja, semua sedap, berselera.. tiada rasa susah hati.. yang sibuknye, study & menyiapkan assignment, projek.
satu hobi baru bermula pada ramadhan pertama saya di kampus.. mengumpul resipi. bermula dengan menfotostat resipi biskut dari senior sebilik, kak sweet.. saya mula membuat koleksi resipi. ia berpanjangan sehingga menjejakkan kaki di ibukota. kini, dengan kemudahan internet, resipi mudah diperolehi. hobi saya pun beransur berubah. tetapi, koleksi resipi terkumpul; lebih tebal dari arch file. ini tidak termasuk koleksi majalah resipi... ada cuba? ada.. tidak kira ramadhan atau tidak. yang pasti, sebelum syawal tiba, berkali-kali fail resipi diselak/semak... itulah saya...
kisah ramadhan yang lain, insyaAllah akan ditulis

Comments