sama, tak serupa

Semua orang panggil dia, Dr Dewi. Saya suka dia. Kenapa? Banyak sebab...

Dr Dewi mengingatkan saya pada seseorang. Puan Zuriah atau panggilan mesra saya; kak Zue. Kali pertama menjawat jawatan eksekutif, saya bekerja di sebuah nGO. Senior Executive saya - kak Zue. Selepas kak Zue keluar dari Yayasan, hubungan kami tidak putus. Ketika projek kendalian saya tamat, kak Zue kenalkan saya di sebuah Management Consultancy firm. Kak Zue; project director saya.

Dr Dewi & Kak Zue, ada persamaan watak dan gaya. Apabila Dr Dewi senyum, senyumnya sama macam Kak Zue. Ketawanya, cara memandang, mesranya, tegasnya dan cara mengawal situasi... yang paling sama, sebutan '...lah', comel betul... Apa lagi yang sama? kebetulan pula, situasi hampir sama. Bersama kak Zue, kami di dunia Adam. Jika Mas tak datang, saya dan Dr Dewi sahaja kaum Hawa.

Rindu pada kak Zue macam terubat juga... kali terakhir jumpa, adalah dalam 20 minit, April lepas. Kak Zue ajak saya join dia dengan aktiviti kebajikan/sosial di Bukit Tunku. Bukan saya tidak sudi, monthly payment pun ada tapi macam Dr Dewi explain pasal Maslow Hierarchy Needs; sejujurnya saya akui saya masih di tangga terbawah. Kak Zue sudah berada di tangga teratas.

Setelah mula menghadiri kelas Dr Dewi, pernah juga beberapa kali menghubungi kak Zue tapi stafnya kata, kak Zue ada discussion dengan YBhg. Datuk. Ye lah.. kak Zue orang kanan Datuk Kamilia.

Masuk tahun 2011, susah nak nampak Dr Dewi pula.

Dr Dewi & kak Zue; sama tapi tak serupa. Dr Dewi tetap Dr Dewi & kak Zue tetap kak Zue.

Walau apapun, saya ucapkan terima kasih atas ilmu dan pengalaman yang ditimba dari kalian.


Foto di bawah; saya dan Dr Dewi serta hero2 extra yang membantu (dari semua segi, esp: security & safety)... heeeeeeee... special thanks to saudara Faiz atas pemberian foto ini.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang