sampai di sini saja...
Ya, sampai di sini sahaja. bulan ini sahaja. Barang-barangnya masih ada. Orangnya sudah tiada. Dia terpaksa pergi meninggalkan kami. Bukan kehendaknya, terpaksa berkorban demi keluarga tercinta...
Dalam entry yang lalu, saya ada berkisah tentang kami bertiga serumah yang tidak pulang berhari raya. Dua sahabat kami pula berhari raya di rumah saudara di Rawang.
Selepas penghujung minggu itu, kedua sahabat yang ke rumah saudara masih tidak pulang-pulang. Andaian saya, mereka mendapat cuti. Hari silih berganti. Pada hari Selasa, saya cuba menghubungi. Telefonnya off. Hari Rabu, saya mendapat panggilan meminta khidmat transkrip. Masa tidak mengizinkan saya. Memandangkan sahabat berdua ini pernah membantu tugasan transkrip saya, kenapa tidak saya bertanya... sms dihantar. dibalas dengan memaklumkan mungkin pulang ke rumah sewa pada hari Ahad.
Petang Ahad. Ketika sedang sibuk menyiapkan tugasan psikologi, sahabat2 tersebut, bersama ibuayah salah seorang sahabat, Ida tiba di rumah.
Saya menegur, "lama cuti?"
Jawabnya, "ah..ada hal keluarga"
Saya tidak bertanya lanjut. Maklumlah, baru sahaja berkenalan dengan mereka.
Selepas keluarmasuk bilik beberapa kali, Ida mengetuk pintu bilik ketua rumah. Bersuara perlahan memaklumkan sesuatu.
Sewaktu Ida beralih, saya bertanya, "kenapa?"
Jawabnya, "Saya sudah berhenti kerja. Laporan berita kemalangan di Slim River, perjalanan dari Labu ke Lenggong pada malam 'aidiladha tu... abang saya. Yang tinggal, dua orang anaknya. Seorang di hospital Ipoh. Seorang lagi sudah ada di kampung tapi tak mau berenggang dengan saya. Lagipun di kampung, tinggal mak dan ayah sahaja... terpaksalah..."
Terkejut saya mendengarnya. Saya berjumpa ibuayah dan anak yatim yang akan dijaga oleh makcik dan datuk opahnya..
Ida, ketika kita masih proses berta'aruf, kita berpisah... semoga hubungan kita tidak putus di sini. Kak doakan pengorbanan Ida dibalas Allah dengan setimpalnya...
Takziah dari kami serumah kepada Ida sekeluarga.
Untuk arwah abang Ida sekeluarga, sama-samalah kita mensedekahkan al-fatihah.

Comments