Bangunkan Potensi Diri!

"Saya tidak boleh buat kak. Saya dah 'push' diri saya. Saya tidak boleh kerja pakai otak"

Kenyataan yang saya anggap agak sukar diterima. Kenapa? Sebelum kenyataan tersebut terpacul dari mulutnya, saya pernah berkata kepada individu ini; "Kalau anjing kejar, rasa-rasanya boleh lari laju dari biasa tak?" Dia angguk.

Saya akui kebolehan diri yang dikurniakan kepada setiap orang sememangnya berbeza, tetapi adakah kita benar-benar sudah menguji kemampuan diri kita? Adakala, kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara kerana pengurusan perancangan dan pengurusan pelaksanaan yang lemah. Bagaimana hendak menolak 10 kg bebanan dengan menggunakan 2 ibu jari? Mampukah? Apakah cara terbaik menolak bebanan tersebut? Itu yang perlu diurus, dirancang; barulah pelaksanaan itu lancar.

Mungkin soalan saya tentang dikejar anjing tempoh hari tidak meninggalkan kesan untuk berfikir lebih panjang. Maklum sajalah, siapalah saya. Bukan pendidik, bukan pemimpin, bukan ahli motivasi.

Setelah mendengar kupasan Encik Pahrol Md Juoi tempoh hari, saya yakin dengan pandangan saya. Apatah lagi, contoh yang diberikannya juga sama. Beliau bercerita tentang senario apabila kita dikejar anjing. Kita mampu melakukan di luar kebiasaan kita. Perkara kedua dalam formula kecemerlangan diri ialah membangunkan potensi diri ke tahap maksimum.

Beliau menyatakan:

ORANG BERJAYA IALAH ORANG YANG MEMAKSA DIRINYA BERUBAH
ORANG GAGAL IALAH ORANG YANG BERUBAH HANYA APABILA TERPAKSA

CHANGE YOURSELF BY CHANCE NOT BY CHOICE

Untuk ingatan saya dan khalayak blog ini: Jangan direnung-renungkan. Fikir-fikirkan. Bertanya jika tidak tahu. Menyoal jika ragu.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah