Pagi Jumaat tu call abah, cakap tak jadi balik. Abah tenang, macam dah tahu apa yang akan terjadi. Tak jadi balik... bukan setakat bajet dah lari, tugasan study bertimbun-timbun belum sentuh. Asyik download article/journal tapi berselerak sana sini.
Bajet lari? Ya... lari pecut 100m takde ganti-ganti. Rabu malam bateri hp habis, terus tak boleh charge. Sebab kejadian susah charge ni dah banyak kali berlaku, tak boleh tahan lagi.
Khamis lepas kerja terus pergi beli. Ingat hujung bulan atau awal bulan Disember boleh angkat Galaxy. Sempat lagi nak menyimpan. Bila dah jadi macam ni, pergilah kat ATM machine, dengan yakin payment for note taking tempoh hari dah clear. Sedih + frust. Belum ada lagi. Withdraw RM300 je. Cash sedia ada RM50. Boleh lah cari hp sesuai bajet. Angkat satu Samsung Corby. Bolehlah... w/pun hati terpikat gak dgn Sony Xperia mini. Bajet tak mengizinkan. Selamat RM340. Lepas beli hp, keluar duit belanja sikit, RM70. Berbaki dalam akaun RM40. Takpe lah esok, Jumaat, clear lah payment note taking & transkrip bulan lepas tu.
Jumaat lepas kerja, dekat nak maghrib jugak lah, ke JJ. Kechiwa betul. Baki sama macam semalam... Beli udang & buncis untuk buat rendang kacang + udang. Rendang orang Perak ni. Insya-Allah entri akan datang, teman letak resipi tambah fotonya.
Sabtu, pergi library study & jawab weekly assignment for Strategic Management. Balik, malam tu, merendang dan memulut. Home made. Pukul 10pm, lepas mandi & Isya' menikmati hasil air tangan sendiri.
Pagi ni, terjaga 4 am. Excited raya sensorang diri. Jalan kaki ke masjid Muadz bin Jabal. Ramai juga rupanya yang beraya di perantauan. Raya global; Pakistan, Arab, Indonesia, Bangla, Melayu, Malaysian dan bangsa2 yang tak dapat dikenalpasti.
Balik, makan pulut & rendang masak semalam. Sambung assignment ODC pula. Baru aje selesai jam 1.45pm. Nak berehat solat Zohor, makan. Kalau ada daya, sambung research paper pula... fuh... berkorban betul rasanya... tapi syukur kepadaNya kerana sejak akhir2 ni dikurniakan kesihatan yang baik walaupun kerja melambak2 dan limpahan rezki. Universiti, Carol & En Md minta buat transcript job lagi. Universiti teman accept, turnaround 3 weeks. Carol, minta maaf lah. En Md; tak daya nak me'reject'. Okaylah... Insya-Allah diberi masa olehNya...
Akhir kata, terimalah ucapan...
Comments