Acara menambah berat
Pagi-pagi sape'e exercise. Semua alat di open gim Taman Tasik dikerjakan. Jogging 1 round dah penat rasanya. Tapi okay. Berpeluh-peluh. Balik, menyinggah, mengintai ex-junior Bainun yang ada football match dengan team Setiawangsa.
Tak kuasa nak intai lama2 sebab kena cari washroom. Perut pun ada bunyi rock&roll. Pergi kedai mamak kaler hijau. Guna jalan belakang, nak qada hajat dulu baru nak order makanan. Sekali, ternampak ada satu periuk besar gulai dalca tak bertutup di atas lantai berdekatan dengan tandas wanita. Masuk tandas, banyak le lalat dalam tandas. Agak lama juga 'bertapa'. Keluar tandas, ingat dah beralih le gulai seperiuk tadi. Rupa-rupanya, masih di tempat yang sama. Hilang selera nak mengorder roti canai. Tobat, taknak masuk dah restoran tu. Terus je ke food court, order roti canai kosong yang di tengah-tengahnya memang kosong, boleh masuk syiling 5 kupang.
Lepas breakfast, ke mini stadium, menonton match. Minta diri selepas setengah jam. Ada program makan2 di surau taman. Jumpa kawan di surau. Diingatkan, ada jemputan kenduri kawan setaichi di dewan sukan. ater, tak kena juga kalau tak pergi. Dah sampai sana, seronok juga jumpa kakak2 taichi. Sembang and makan. Makan and sembang. Ralit-ralit, memang banyak makan.
Balik rumah, makan ringan-ringan. Nak jaga, penat exercise bakar kalori and kolesterol (kalau terbakar le gamaknya). Jadi, minum susu & cream cracker 3 keping jam 7 petang. Cukuplah untuk malam ni. Tiba-tiba, Jam 10pm, lapar ya amat... tak pernah dibuatnya, craving for mee segera. Tak pernah simpan stok benda ni sebab jarang-jarang... (macam P. Ramlee sebut dalam Nujum Pak Belalang) makan. Maka, diakhiri dengan mee goreng segera.
Kesimpulannya, hari ini melebihkan kalori dari bakar kalori... huh
Comments