Bukan sebarang Ayam
Balik kampung baru-baru ini, mak, abah & kakak ke kampung abah di Keroh. Seronok makan tengahari di rumah kakak sepupu. Yong Piah jamu lauk rendang pucuk paku, sambal tumis ikan & petai mentah. Walaupun ia hidangan ringkas bagi Yong Piah, menikmati hidangan kampung dengan suasana kampung dan bahan masakan segar, lain rasa. Bertambah-tambah nasi & err, boleh bertambah-tambah berat kalau selalu makan begitu.
Lepas makan, kami ambil cempedak, jambu merah & limau manis yang orang biasa panggil limau bali. Semasa di sana, sempat juga snap gambar. Yang buat Yong Piah tergelak, sebab kakak asyik snap gambar ayam-ayam kesayangan anak dia, Adli. Ayam-ayam yang Adli bela ada yang tak sama dengan ayam di pasar basah. Ayam-ayamnya boleh mencecah 3 atau 4 angka. Tapi tak tahu lah kakak nak bezakan yang mana nilai 2 angka, 3 angka atau 4 angka. Di mata kakak, ayam semua berkaki dua; suka kais pagi, makan pagi; buang sisa toksin merata-rata; & sedap dibuat rendang atau gulai. hu hu..
ayam-ayam tunggu isi cempedak yang tercicir
ayam di celah pokok pisang
ayam ni datang lebih dekat dan siap posing tanpa diminta (ye lah, dah tak faham bahasa ayam)
ayam-ayam ni mula-mula duduk bersantai ramai-ramai, masa nak snap, lari ramai-ramai pula...
Comments