Posts

Showing posts from October, 2013

Sumpahan Sumber

Membaca  http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/09/02/the-malaysian-quandry/  malam tadi membuat saya berfikir sesuatu. Walau bagaimanapun, saya tidak ingin berkongsi apa yang berada di benak saya. Penjelasan terma mungkin memberi bayangan isu yang berlegar di kotak fikiran saya... Sumpahan sumber ialah direct translation yang saya buat dari terma Resource Curse . Ia juga dikenali sebagai Paradox of plenty . Dengan merujuk definisi dari  http://www.investopedia.com  dan blog ar-risalah, saya tulis semula mengikut pemahaman saya. Sumpahan  sumber terjadi apabila sesebuah negara mula memberi fokus kepada satu industry, sebagai contoh, perlombongan dan mengabaikan sektor-sektor utama lain. Akibatnya, negara tersebut terlalu bergantung kepada harga komoditi, dan keseluruhan produk dalam negara kasar menjadi tidak menentu. Ketidaktentuan ini disebabkan pendedahan kepada perubahan komoditi pasaran global dan salah urus sumber oleh keraj...

Kun fa ya kun

Image
Hari ini Isnin. Saya berpuasa sunat. Bangun sahur menggoreng nasi lebihan semalam. Nikmat bersahur bertambah dengan menikmati satu mug kopi Radix. Selesai berkemas di dapur, azan subuh berkumandang. Usai mandi, terus bersolat. Cuaca pagi yang menunjukkan tanda hari akan hujan memberi keselesaan untuk saya berlama-lama di tikar sembahyang. Saya membaca surah Yasin beserta terjemahannya. Walau sudah berulang kali kita membaca surah Yasin, hari ini, saya tertarik dengan ayat ke 82; Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia" Termenung sebentar. Ya! Jika Allah hendak jadi, jadi lah ia. Kun fa ya kun . Jika kita nampak si A akan mendapat rezki itu dan semua orang di sekeliling nampak yang rezeki si A dalam genggaman TETAPI jika ditakdirkan rezki yang sebegitu Allah nak beri lebih dahulu kepada kita, hamba Allah yang tak disangka-sangkakan oleh makhluk lain, rezki itu jua milik kita. Seperti ada kesinambungan dari episod termenung ...

Bertuah dan bersyukur

Hujung minggu baru-baru ini berpeluang meluangkan masa berjalan-jalan di bandar bersejarah Melaka. Satu hari bermalam di sebuah inapdesa. Seronok rasanya bermesra dan berkenalan dengan ahli rombongan yang lain. Majoriti mereka adalah golongan senior. Ada yang seusia emak dan abah saya sendiri. Banyak yang diperbual, diperhati, dimengerti, direnungi, dipelajari. Setelah pulang, malam itu dan keesokan pagi, bermuhasabah diri. Syukur kepadaNya kerana mengurniakan ibu dan ayah yang terbaik untuk saya dan adik-adik. Mohon Allah panjangkan usia mereka supaya banyak lagi yang dapat kami pelajari dan kongsikan dengan mereka berdua. Amin.

Rezki ketentuanNya

Dalam kepanasan di PNM, saya menerima panggilan telefon dari klien. 1 Oktober 2013 saudara Hakim menghubungi untuk bertanyakan kelapangan masa pada minggu depan, bermula 7 Oktober 2013. Alhamdulillah... Allah lorongkan rezki saya di bidang ini. Mana mampu saya menolak pemberianNya. Walau ramai suara-suara yang bertanya, "tak cari kerja tetap ke?", "kenapa tak minta jadi cikgu/tutor/pensyarah?". Tidak kurang juga yang memberi kenyataan "kalau saya jadi akak, saya cari kerja".  Berapa sen, berapa RM yang saya terima, saya sahaja yang tahu menguruskannya.  Bagaimana menghadapi politik pejabat suatu ketika dahulu, menjadi sempadan dan kenangan dalam hati. Bagaimana bebasnya jiwa sebagaimana terma 'freelancer' itu sendiri, hanya mereka yang melaluinya yang menghayati... Sekali lagi, saya ingatkan diri; ini rezki yang Allah tentukan buat saya pada ketika ini. Syukur Alhamdulillah ucapan terbaik.  Sabda Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya: ...