Kun fa ya kun
Hari ini Isnin. Saya berpuasa sunat. Bangun sahur menggoreng nasi lebihan semalam. Nikmat bersahur bertambah dengan menikmati satu mug kopi Radix. Selesai berkemas di dapur, azan subuh berkumandang. Usai mandi, terus bersolat. Cuaca pagi yang menunjukkan tanda hari akan hujan memberi keselesaan untuk saya berlama-lama di tikar sembahyang.
Saya membaca surah Yasin beserta terjemahannya. Walau sudah berulang kali kita membaca surah Yasin, hari ini, saya tertarik dengan ayat ke 82; Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia"
Termenung sebentar. Ya! Jika Allah hendak jadi, jadi lah ia. Kun fa ya kun. Jika kita nampak si A akan mendapat rezki itu dan semua orang di sekeliling nampak yang rezeki si A dalam genggaman TETAPI jika ditakdirkan rezki yang sebegitu Allah nak beri lebih dahulu kepada kita, hamba Allah yang tak disangka-sangkakan oleh makhluk lain, rezki itu jua milik kita.
Seperti ada kesinambungan dari episod termenung di tikar sembahyang beralih ke laptop yang baru dipasang; jam 9.45 pagi, menerima panggilan dari seorang kenalan artisan. Dalam perbualan kami, tiba-tiba dia menyebut tentang kun fa ya kun; ucapan rutin sebelum beliau memulakan kerja-kerja seni. Bukan mudah hendak mengungkapkan mesej dalam seni. Itulah amalan beliau.
Kita meminta orang lain mendoakan kita tapi permohonan kita Allah lebih tahu. Merintih, memohon kepadaNya. Hanya Dia Maha Mengetahui. Ya Allah, hanya kepadaMu hamba berserah...

terima kasih en. google |
Comments