kuliyyah subuh - musibah melanda...
Lambat ke kuliyyah subuh di masjid Muaz b Jabal tadi... terima kasih ms google hampir pukul 6.45 pagi baru tiba di masjid. Walau bagaimanapun, bersyukur kerana berjaya bangun awal dan hadir ke masjid. Sewaktu melangkah ke perkarangan masjid, sudah terdengar suara ustaz menyampaikan kuliah. Masuk di cuping telinga saya, "Susah dan senang itu adalah musibah" Huraian ustaz sewaktu saya telah bertimpuh di ruang masjid - contoh seorang hamba Allah yang meminta seorang ustaz mendoakan agar rezkinya dimurahkan dalam perniagaannya. Kemudian, hamba Allah ini tidak kelihatan langsung. Lebih kurang setahun, hamba Allah ini kelihatan di masjid yang sama dan bersua dengan ustaz yang sama. Hamba Allah ini memperkenalkan dirinya dan mengingatkan ustaz tentang doa yang pernah diminta dibacakan. Katanya, " Selepas saya meminta ustaz berdoa, rezki saya murah. Saya agak sibuk. Tetapi kini saya susah sedikit. Ustaz tolong doakan saya" Ketika susah, kita ada masa untuk ke ru...