kuliyyah subuh - musibah melanda...

Lambat ke kuliyyah subuh di masjid Muaz b Jabal tadi...
terima kasih ms google
hampir pukul 6.45 pagi baru tiba di masjid. Walau bagaimanapun, bersyukur kerana berjaya bangun awal dan hadir ke masjid.

Sewaktu melangkah ke perkarangan masjid, sudah terdengar suara ustaz menyampaikan kuliah. Masuk di cuping telinga saya, "Susah dan senang itu adalah musibah"

Huraian ustaz sewaktu saya telah bertimpuh di ruang masjid - contoh seorang hamba Allah yang meminta seorang ustaz mendoakan agar rezkinya dimurahkan dalam perniagaannya. Kemudian, hamba Allah ini tidak kelihatan langsung. Lebih kurang setahun, hamba Allah ini kelihatan di masjid yang sama dan bersua dengan ustaz yang sama. Hamba Allah ini memperkenalkan dirinya dan mengingatkan ustaz tentang doa yang pernah diminta dibacakan. Katanya, " Selepas saya meminta ustaz berdoa, rezki saya murah. Saya agak sibuk. Tetapi kini saya susah sedikit. Ustaz tolong doakan saya"

Ketika susah, kita ada masa untuk ke rumah Allah. Ketika kita senang, tiada masa lagi mengunjungi rumah Allah. Adakah senang itu yang terbaik untuk kita atau susah itu yang terbaik untuk kita?

Lagi satu contoh yang ustaz berikan; ketika banjir melanda di beberapa negeri di tanahair, ustaz memerhatikan perlakuan mangsa-mangsa banjir. Semasa banjir, bekalan makanan dan minuman sangat kritikal. Dalam keadaan sedemikian, mangsa banjir di pusat petempatan banjir berebut-rebut mendapatkan biskut kering yang disedekahkan. Ketika keadaan biasa, adakah kita berasa biskut empat segi itu begitu enak jika dibandingkan dengan nasi berlaukkan gulai dan sambal? Dan dalam keadaan tertekan sebegitu, alasan tiada air untuk berwuduk menjadi punca ramai yang beralasan untuk tidak menunaikan ibadah solat. Tidak kurang juga sekadar menghisap rokok. Tertanya-tanya juga ustaz, bagaimana bekalan rokok tetap ada?

Inilah sebahagian perkongsian saya, sekadar yang saya ingat... dan ditulis untuk rujukan peringatan saya di masa akan datang. Sayang sekali, lantaran lambat menghadirkan diri, saya tidak tahu ustaz yang menyampaikan kuliah subuh tadi... semoga Allah merahmati beliau dan semua hadirin masjid. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah