Apabila sembang kosong...
Selepas solat 'Isya malam tadi, lapar dengan tiba-tiba. Mihun goreng tomyam yang dimakan sebelum solat 'Asar tidak dapat bertahan lama di dalam perut. aduh... mesti makan juga.. nasi beras perang masih berbaki di dalam periuk. Masak sahaja lah lauk paling ringkas - sotong goreng kunyit + halia muda + kacang buncis. All in 1.
Dah habis makan, housemate balik & join makan. Menu malam dia pun simple - burger ayam. Cukuplah mengalas perut sehingga pagi esok. Berbual sambil makan.
Tiba-tiba dikejutkan dengan suara salam dari luar. Housemate membuka pintu. Jiran sebelah datang bertandang, membawa pamplet makanan kesihatan.
Melayan bersembang dari satu topik ke satu topik. Dari topik produk yang dibawa sehinggalah hal peribadi - bagaimana detik pertemuan dia dengan suaminya. layan, layan juga. Sampuk juga cakap dia. Tapi... aduh... tak dapat ditahan-tahan, menguap di hadapan tamu. Housemate pun dah bersandar di dinding. Dalam hati, tertanya-tanya juga, sudah pukul berapa ni....
Perancangan asal, selepas makan malam, mahu menyambung bacaan buku yang dipinjam. Target; mengkhatamkan buku bertajuk 'The Risk Takers'. Buku tentang kisah 16 orang usahawan US yang memberi inspirasi apabila membacanya. Berkubur lah harapan itu...
Akhirnya, anak lelaki jiran memanggil ibunya pulang (ayah budak tu tiada di rumah). Sedap ajelah dia bersembang.
Masuk bilik, jarum jam menunjukkan pukul 11.26pm. Lebih baik tidur ajelah... Kalau selalu macam ni, boleh tergendala kerja-kerja urgent saya.
Hai jiran... orang bujang pun ada urusan mereka sendiri juga... kesian housemate yang mandi hampir jam 12 malam.

Comments