Posts

Showing posts from January, 2014

My mini garden - organik lagi...

Image
Hasil mengisi masa lapang sejak mula tinggal di rumah ini, pokok-pokok kecil yang ditanam silih berganti. Walau bagaimanapun, serai yang tumbuh dengan banyaknya sudah pupus.  Pokok ulam raja yang baru telah tumbuh kembali - dengan benih baru.  Satu-satunya pokok ulam raja yang bertahan lama, sudah setinggi pinggang.  Pucuk pokok ini sudah kerap diulamkan.     Cabai ini tidak bermodal RM pun... hanya lebihan biji cili kering untuk memasak ditabur-taburkan. Apabila ada anak-anak pokok cabai yang tumbuh, diubah dan ditanam semula dengan teratur.  Alhamdulillah, pokok cabai yang ini tumbuh dengan baik. Inilah kali pertama ia berbuah dan buahnya sungguh gemuk. Walaupun tidak seperti dijual di pasar, boleh dikatakan baik sebab tidak berbaja.  Cabai-cabai organikku.    Benih pokok bunga yang diberikan oleh Yong Piah semasa bertandang ke rumahnya telah berbunga. Pokok-pokok yang lain akan berbunga tidak lama lagi - ...

Seperti dijanjikan... inilah kisah Sa'labah

Hari ini cuti sambutan Maulidur Rasul. Sempatlah saya mengotakan janji di entri yang lalu. Saya terpanggil untuk menulis kerana sudah dua kali saya mendengar kisah ini. Kali pertama di masjid Muaz b Jabal dan sekali lagi dengan lebih lengkap di kelas tempoh hari. Surah at-Taubah, ayat 75 dan 76 bermaksud:  dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata; "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh". Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).  Kisahnya... Sa'labah meminta Rasulullah s.a.w mendoakan dia menjadi kaya supaya dia boleh menjadi seorang dermawan. Sebelum dia kaya, setiap waktu solat, dia berada di masjid untuk berjemaah. Hari b...

Ponteng kerja, pergi kelas

Minggu lepas tidak ke kelas tafsir. Kelas ini baru saja disertai. Seronok pula belajar dengan Ustaz Khalid. Hari pertama datang kelas, segan juga sebab ramai makcik-makcik yang dah berpencen. Saya dan seorang kawan baya umur anak mereka agaknya. Kelas sudah membincangkan surah at-taubah. Kira masuk, terus dengar pasal tafsir surah at-taubah. Hari ini, ponteng job di Jalan Tun Ismail. Semalam sudah maklumkan dengan penyelia. Nak datang kerja selepas kelas, kepala pun agak kurang selesa. Semacam je rasanya...mungkin berfikir hal-hal kecil di sana-sini yang melibatkan hubungan sesama makhluk. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kepala pun agak berat. Alhamdulillah.. dapat juga memberi fokus kepada Ustaz yang mengajar. Topik hari ini dari surah at-Taubah: 75. Fokus tentang sedekah. In sha Allah akan dikongsikan dalam entri yang akan datang.