Jangan tinggal 'Nak'
Minggu lepas menerima panggilan nun jauh di benua lain.
Gembira tak tergambar. Bertukar khabar sepanjang setahun masing-masing gagal menghubungi satu sama lain.
Yang baik dan enak didengar. Yang tidak enak didengar; apabila perkataan NAK yang teman gunakan semasa berbual dengan seorang kawan lain digugurkan dari pengkisahan tentang perkembangan diri teman yang terkini (ketika itulah..).
Sebenarnya teman ada meluahkan hasrat untuk menyambungkan pengajian ke peringkat seterusnya. Kisah teman diwar-warkan diWhatsapp dengan pengguguran perkataan NAK, menyebabkan pemahaman rakan-rakan yang membaca menganggap yang teman sudah pun memulakan pengajian.
No wonderlah ada rakan yang bertembung dengan teman di stesen LRT
bertanya dan apabila jawapan teman berbeza dari yang mahu didengari, dia
memandangkan ke arah lain sambil mencebik...
Itulah kesannya meninggalkan satu-satu perkataan. Nak dari perkataan Hendak/Mahu/Berhasrat, belum buat lagi lah kawan. Contoh ayat yang mudah, "Aku rasa nak lempang je pipi dia" = "Teman rasa hendak bagi penampor je kat dia".
Comments