Awas! Waspada dengan si cantik manis ini
Blok Teman tidak pernah mencoret rasa dengan menyebut nama seseorang yang teman berkecil hati atau tersinggung atau disinggung. Di atas blog ini sudah dinyatakan permohonan maaf jika ada yang tersinggung atau terasa disinggung dengan tulisan di blog ini.
Tetapi kali ini, sengaja teman mahu berkongsi kisah pengalaman teman dan rakan serumah bersama perempuan cantik manis ini.
Tujuan memaparkan foto nona manis ini untuk memberi peringatan dan supaya berwaspada dengan dia. Dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai FAS. Jadi kami memanggilnya FAS. Dengan bekas rakan-rakan sepejabat, dia juga dipanggil FAS. Bersama teman-teman pak Arabnya - NUR. Dan kami baru mendapat tahu, di kalangan keluarga dan saudara-maranya - MATON.
Dia menjadi rakan serumah dan teman sendiri sebilik dengan dia. Jadi, banyak kisah yang kami kongsi bersama. Memandangkan teman terlalu sibuk dengan kerja, setiap hari pulang malam dan keluar seawal 7 pagi; teman meminta agar dia dan seorang lagi rakan serumah yang akrab juga dengan dia supaya sama-sama menggalas tanggungjawab hal-ehwal rumah. Rakan serumah yang seorang ini diminta menjaga hal berkaitan bil elektrik dan air rumah. Teman sendiri memikul amanah sebagai PR untuk hal-hal rumah. Sementara tugas dia sangat mudah - menerima wang sewa dari setiap ahli rumah dan menghubungi tuan rumah supaya mengambil sewa rumah bulanan.
Ramadhan, lebih kurang seminggu selepas foto ini dirakamkan, dia seolah-olah mencari sebab untuk bergaduh besar dengan teman. Dia seperti bengang dan meninggalkan rumah dengan segera serta tidak pulang-pulang. Teman pun agak terasa hati tetapi membiarkan sahaja kerana perangai pemalas dan pengotornya sudah melampau. Ini diakui sendiri oleh rakan serumah yang seorang lagi. Serta saudara rapatnya sendiri. Bagi teman, memang melampau jika laptop teman yang dipinjam berminyak, garfu yang telah digunakan ditinggalkan di meja laptop sedangkan teman sendiri tidak pernah berbuat demikian.
Nak dijadikan cerita, beberapa hari selepas kejadian itu, paip dapur pecah. Teman memanggil tuan rumah untuk memanggil si tukang paip. Setelah paip diperbaiki, tuan rumah datang memeriksa dan dengan hati-hati, tuan rumah membuka kisah - Nur tidak menyerahkan wang sewa sebulan dan tunggakan bulan sebelumnya. Terkejut teman dan teman maklumkan yang setiap bulan kami menyerahkan sewa tepat pada masanya.
Teman menghubunginya menerusi sms. Dibalas dengan alasan yang tak masuk dek akal. Perincian alasan dan sebab ia berlaku - dijelaskan kepada rakan serumah pula. Janji-janji dia berkali-kali untuk bertanggungjawab tidak pernah lunas sehingga hari ini.
Sehingga satu tahap, kami mencari dan menghubungi Fas dengan pelbagai cara. Telefon dia seperti telah dimatikan. Kami berjaya menjejak rumah sepupu Fas. Usaha untuk mendapatkan contact number Fas tidak berjaya.
Akhirnya, kami menghantar surat kepada ayahnya menjelaskan apa yang telah berlaku. Kami maklumkan jika tiada bayaran dilunaskan, kami akan melaporkan kepada pihak polis.
Satu yang menarik - kami mendapat alamat rumah Fas/Nur/Maton dari hasil selongkar barang-barang Fas yang masih ada di rumah. Kami terkejut besar selepas mengetahui yang dia tidak tinggal di Alor Setar sebaliknya tinggal di kawasan pedalaman Kedah. Banyak perkara yang kami sedari. Kami telah ditipu, dikelentong dan diauta oleh perempuan ini. Tidak cukup dengan itu, kami juga dijadikan bahan untuk dilaga-lagakan sesama kami. Mujurlah kami tidak bergaduh. Teman pula sibuk dengan kerja dan tak kuasa nak melayan aduannya tentang rakan lain yang 'mengata' teman. Rupa-rupanya, Fas/Nur/Maton juga ialah seorang pengadudomba.
Sengaja teman meletakkan entri ini supaya sesiapa sahaja yang menggunakan enjin carian akan berjumpa dengan nama Nur Halimahton Fasli ini. Nak mengharapkan crowd di blog saya ini, memanglah tiada.... perkongsian kali ini untuk ingatan bersama supaya tiada orang lain terutama yang tinggal di kawasan Wangsa Maju, Setapak, Setiawangsa, Keramat dan Pandan menjadi mangsa autanya.
Comments