Pandai engkau... aku tak boleh...

 Ini foto rama-rama yang diambil semasa melawat Butterfly farm pada Chinese New Year yang lalu. Rama-rama ini menarik perhatian kerana cacat sayapnya tetapi masih terbang dan bergerak seperti biasa.

Apa yang nak diceritakan kali ini? 

Bertemu dua orang rakan persekolahan dalam tempoh dua minggu. Seorang di Bangi, seorang lagi di Kuala Kangsar. Gembiranya kami bertemu walau masa singkat dan masing-masing ada urusan lain.

Persamaan luahan rasa dan kata-kata mereka sedikit menyentuh hatiku.... bukan tersinggung, aku faham, mereka seperti tertanya-tanya, bagaimana aku boleh melakukannya... benda mudah untukku, sesuatu yang agak mustahil untuk mereka lakukan.

Apa yang mustahil untuk mereka tetapi lumrah untukku? Ya, bergerak ke sana sini seorang diri. Memandu dan mencari lokasi seorang diri, di tempat yang di luar kebiasaan. 

Jawabku kepada sahabat lama yang pertama, "Dah kena buat, nak harap siapa?". Terdiam dia memandang wajahku. Itulah hakikat.

Jawapanku kepada sahabat lama kedua pula, "Guna Waze, boleh cari". Terdiam juga sahabat ini mendengar jawapanku. Hakikatnya, tiada waze yang aku guna, hanya membaca peta biasa sahaja.

Hidupku seorang diri, tiada teman hidup untuk aku bertanya, berbincang, menyatakan keresahan dan kegembiraan hati. Ibubapa - adakalanya tidak semua boleh diluahkan, terlalu banyak meluah kepada orangtua, mungkin mengundang bimbang dan gulana di hati mereka.

Bergerak ke sana sini juga sendirian. Bukan kemahuanku begitu... jika diajak rakan serumah, mereka juga ada aktiviti mereka sendiri. Maklumlah.... orang muda. 

Akhirnya aku bergerak sendirian... walau hati berbicara sepi, itu bukan kehendakku. Ketentuan jua dariNya.

Tawakkalku sentiasa kepada Allah agar dipermudahkan dan dilindungi setiap perjalanan sendirianku. Hanya Dia lebih mengetahui... 




Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah