Rahsia Istikharah

Ketika salah seorang trainee teman dahulu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk perancangan setelah tamat kursus, teman suruh dia keluar kelas. Keluar kelas, terus ke masjid dan dirikan solat istikharah. Bukan gurauan. "Ambillah masa anda sebanyak mana pun". Teman lihat dia terlalu kabur dalam tujuan hidupnya. Rakan-rakan sekelasnya mengetawakan dia sambil menyuruh dia cepat-cepat ke masjid.

Minggu lepas, staf teman menghantar surat peletakan jawatan kerana mahu menyertai kursus peringkat sijil. Sebaik sahaja Chairman tahu, staf tersebut terpaksalah mendengar ceramah - sudah ada diploma tetapi nak sertai kursus persijilan. Sebaik keluar dari bilik Bos, wajahnya nampak serabut. Sebaik Bos sudah keluar, saya nasihatkan dia beristikharah. 

Habis menasihatinya dengan contoh pengalaman teman sendiri, kedengaran azan zuhur dari surau berhampiran. Tanda lunch hour. Saya tanya, "Tak keluar makan ke?" Dia geleng kepala dan menjawab dia sudah makan. Saya pula berkata, "Tak tahu nak makan apa ni..". Dibalas staf ini, "Mungkin Cik Jue nak istikharah dulu?". Saya jawab, "Awak sindir saya nampak?". Dia ketawa kecil.

Perlukah solat istikharah dijadikan bahan tawa?

Istikharah memainkan peranan yang besar dalam hidup teman.

Kali pertama beristikharah, memohon diberi pilihan terbaik untuk kursus minor - sama ada kekal dengan kursus Ekonomi atau Pengajian Islam. Kursus ekonomi sudah ada asas di peringkat sekolah. Pengajian Islam pula, tiada langsung tetapi teman melihat keseimbangan dalam pencarian ilmu. Akhirnya, bangun pagi itu, yang mula-mula terlintas ialah kursus Pengajian Islam. Bulat tekad dengan petunjuk. 

Tidak semudah yang disangka. Sepanjang mengikuti kursus minor Pengajian Islam dugaannya agak berat. Bermula dari memohon pertukaran - terpaksa meyakinkan Pensyarah kerana waktu itu, penuntut Pemasaran mangikuti minor Mass Comm atau Ekonomi. Janggal mendengar minor Pengajian Islam diambil oleh penuntut Pemasaran. Dugaan seterusnya, kelas yang sering clash dengan kelas major serta exam yang sering clash juga. Pernah disindir Ustaz sebab lambat hadir kuliah. Masuk dewan kuliah ketika dewan senyap, semua student sedang menyalin nota, sudah tentu obvious benor kehadiran lewat teman... Belum kira lagi dengan terkial-kial teman nak menghafal terms Islamic yang tak pernah didengar sebelum ini. Buat assignment pun tergaru-garu kepala mencari bahan sebab orang lain dah pinjam sampai habis kosong rak (USM tiada kursus utama dalam Pengajian Islam - so, bahan rujukan sangat terhad. Internet juga belum ada). Sampai dengan naifnya, meminjam buku tulisan Kassim Ahmad tentang hadis. Semasa membaca, terasa pelik pula sehingga barulah teman tahu siapa Pak Kassim ni...

Itulah, kerana istikharah, teman tidak pernah menyesal membebankan diri. Walau ilmu diperolehi hanya untuk bekalan diri (Itu yang ustaz Radhi maklumkan), ia banyak membantu selepas tamat pengajian.

Teman mendapat kerja eksekutif pertama di sebuah nGO yang Islamik. Semua rakan sejawatan berlatarbelakangkan pengajian Islam, dakwah dan syariah. Apabila berbual bersama mereka, tidaklah blur sangat. Seterusnya, pelbagai ujian bekerja di berbagai organisasi. Ilmu minor USM yang sedikit itu jua menjadi panduan dan ingatan dalam tindakan dan pembuatan keputusan ketika bekerja.

Ini salah satu contoh kesan istikharah dalam hidup teman. Banyak lagi keputusan setelah beristikharah. Yakin. Itu yang utama. Walau ada suara-suara yang sinis memberi pandangan yang keputusan kita salah, yakin dengan istikharah. Tidak perlu disindir dan ditawakan. Rahsia istikharah itu cukup luas. 





Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah