Sunshine Square dan kenangan 1998

Tamat menuntut ilmu Pengurusan dengan majoring in Marketing dan minoring in Islamic Studies. Majoriti peluang kerja di Penang telah dibekukan. Teman dan kawan-kawan terpaksa berusaha mencari apa-apa sahaja kerja, asal sahaja bekerja yang halal. Sebaik habis menduduki peperiksaan akhir, hari Isnin berikutnya, bersama-sama rakan serumah yang telah tamat studi; kami ke Bayan Lepas FIZ. Kerja kilang biasa pun tidak mengapa. Malang sekali, sebaik tiba di Intel Penang, HR Manager sudah mengenalpasti yang kami ini USM student... kami hanya isi borang, tidak berjaya mendapat apa-apa pekerjaan kerana over-qualified.
Walau bagaimanapun, teman dan beberapa orang rakan dalam kursus yang sama bernasib baik kerana nama kami diajukan kepada agen pekerjaan (waktu itu, employment agency agak baru dan asing). Kami mendapat kontrak sebagai Stock Option Representative selama 4-5 bulan. Dapatlah cari modal untuk belanja menghadiri interview dan persediaan konvokesyen pada bulan Julai 1998.
Tamat kontrak, teman pun sudah berkonvokesyen. Malangnya, kerja tetap belum berjaya diperolehi. Akhirnya, semasa ke Sunshine Square, ada iklan jawatan kosong cashier, salesgirl dan beberapa jawatan peringkat bawahan. Itupun ada kekosongan kerana Mat Bangla dah dihantar pulang atas arahan PM.

Terus teman memanjat tangga HR office dan semasa berada di sana, laju sahaja HR officer bertanya, "Student, ya?". Spontan teman menjawab, "Tak. Dulu saya bekerja di Perak tapi syarikat saya bekerja sudah tutup. Jadi, saya tumpang rumah pakcik saya untuk cari kerja di Penang". Waktu itu, pemegang ijazah tidak akan dilayan untuk kerja bawahan. Majikan tidak mahu kerana khuatir mereka akan berhenti bekerja selepas mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan ijazah. Berjaya mendapat kerja sebagai cashier.
 . 
Bangunan tinggi di belakang itulah HQ Sunshine supermarket
Bus stop inilah tempat teman menunggu bas pulang ke Sungai Gelugor setiap petang atau malam. Jika syif morning, bermula pukul 11 pagi, habis kerja sekitar 7 - 7.30pm. Kalau masuk 2pm, kerja sehingga Supermarket tutup. Jika ramai pelanggan, banyak cash yang perlu dikira, closing lambat, adakalanya berdiri di sini pukul 11.30 - 12 malam. Kebiasaannya, teman ada seorang lagi rakan lelaki yang tinggal di Sungai Dua. Jadi, kami selalu pulang malam bersama-sama.

 
Kami berjalan kaki hingga ke simpang Bayan Baru untuk mendapatkan bas terakhir.

Itulah pengalaman selama beberapa bulan bekerja sebelum mengambil berhenti bekerja. Teman tidak tahan kerana majikan waktu itu tidak menyediakan tempat solat, selalu berebut untuk solat dengan seorang abang stor. Tempat solatnya, soyok di tepi tangga memunggah barang, yang hanya muat untuk seorang bersolat. masih boleh bersabar jika makan bekal di bilik loker bersebelahan dengan staf-staf sepet yang tak tahulah apa di makan. Pernah sekali, nak makan jauh sikit dari mereka, tak perasan pula duduk sebelah tong sampah...

Satu malam, kepenatan pulang dari kerja. Berita akhir telah ke udara. Ada pula petikan ucapan  PM, "Sapa kata takdak kerja? Kita dah hantaq balik pekerja asing. Depa sahaja yang malas bekerja, memilih kerja". Rakan2 serumah yang berstatus sama seperti teman; siswazah penganggur terhormat terus bengang, menjawab dan mengutuk Dato' Seri.... :-) walaupun suara-suara kami tidak didengarinya..

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah