Kaitan jerebu dan berat...
Jerebu melanda negara tak sudah-sudah... okay, tak okay, okay, lagi teruk...
Nak mengeluarkan peluh pun dapat sakit. Kali terakhir bersenam di Taman Dato Keramat, terus tak sihat... selepas dari itu, tidak bersenam langsung. Hanya sesekali bertaichi di rumah, itupun buat laju-laju, maklumlah.. buat seorang diri, tiada muzik, tiada sifu...
Sedar-sedar, baju-baju sudah ketat belaka... susah hati betul... baju ketat, terbonjol sana-sini.
Bulatkan azam untuk mulakan penurunan berat dengan berpuasa. Isnin ni bermula. Pengambilan makanan kena dijaga juga. No more oily, fried food... boleh ke? cekodok? cucur bawang? cucur sayur? mee goreng?
pinjam dari Encik Google
Mesti boleh, kuatkan azam. Demi memakai semula baju-baju yang masih elok sempurna.. Mesti boleh, mesti boleh...
Comments