Apabila sel-sel otak enggan nak bersambung...
Siang tadi, boleh juga membaca, menulis sikit, semangat okay, walaupun puasa dan bersahur telur rebus sebiji dengan kopi susu. Biasa bersahur dengan nasi, walaupun lauk kerabu ikan bilis+tomato sahaja.
Tiba-tiba, lepas zohor teringat nak call En. Shahrum TuneProtect, bertanya progress claim insurance untuk Satria. 2 hari lagi, genaplah setahun aku berpisah dengan Satria... mana bisaku lupakan peristiwa tragis itu. Kata En. Shahrum, dia akan sediakan dalam minggu ini. Aku terasa suaraku tersekat-sekat, bukan kerana mendengar suara En. Shahrum tapi rasa sayu mengingatkan pemergian Satria.
Pagi tadi, aku online TV9 program Tanyalah Ustaz. Dah lama aku tak follow, sejak berpindah dari Keramat ke Sentul - TV aku bawa balik kampung. Tajuk yang dibincangkan "Berkorban Apa Saja". Kata Ustaz, sentiasalah berdoalah agar ditakdirkan dengan takdir yang baik kerana Rasulullah saw juga berbuat demikian. Rupa-rupanya, doa itu selalu saja kita baca - Rabbana atina fid dunya hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'azabannar... terus aku teringat tragedi Satria aku dulu. Ya, takdir yang berlaku dengan Satria ada hikmahnya.
Lebih kurang 4pm, aku terima emel dari En. Shahrum dan dia juga ada call aku. Offer letter dari Tune Protect diterima. Bolehlah... jumlah yang ditawarkan. Nak diargue lagi, entah bila pula nak review. Kalau ditambah pun, hanya beberapa ratus sahaja. Nilai masa yang berjalan lebih dari itu...niat di hati, nak selesaikan hal dokumentasi petang tadi juga. Solat asar di masjid, beli stem hasil di Pejabat Pos, terus ke kedai printing, call Bella minta tolong dia tandatangan saksi. Tetapi plan tak kesampaian. Solat asar dapat rakaat akhir, kedai printing tutup (orang dah mula cuti raya haji), Bella pula, beberapa kali call, tak berjawab. Teringat pula, di hostel, ada student buat printing service. Pergi ke biliknya, kata roommate nya, tak tahulah pukul berapa baliknya. Call, sms tak berjawab. Nampak gayanya, balik dari Raya boleh selesaikan semuanya. Adalah hikmahnya...
Dah penat ke hulu hilir, write-up yang janji nak hantar kepada supervisor belum siap. Walaupun dah rancang nak ambik point dari mana, apa nak tulis, tapi sel-sel otak tak boleh nak relate. Buka puasa tadi pun rasa biasa-biasa je. Akhirnya, baring-baring saja, pukul 11.30pm baru boleh nak membaca,sambil tulis sikit-sikit.
Sebab dah tengah malam ni, ehh awal pagi, buka youtube, cari lagu-lagu nostalgia klasik zaman2 kat USM. Tetiba muncul pula lagu ni...walaupun tak ada kenangan berkaitan dengan lagu ni, lirik yang diletakkan, mengusik rasa pula...ya..engkau membawa perangsang dengan tiba2, itu yang boleh tahan mata sampai awal pagi, kalau nak compare dengan dulu...dah lama dibuai mimpi walaupun tak achieve daily target... :)
CINTA MELANKOLIA ~~Tiada terfikir terlintas engkau akan tiba membawa perangsang... ~~Tiada terfikir egkau kan membuka sempadan perasaan... ~~Bunga kembang bertali hati... ~~Bunga kembang di puncak akli... ~~Duri penjajahan cintamu... ~~Di atas bumi ragaku... ~~Duri penjajahan cintamu ~~Di bawah awan setuju... ~~Adalah suatu pengalaman... ~~Engkaulah yang kini mekar... ~~Dalam diriku yang melankolia... ~~Akulah simpang tersasar... ~~Karam janjiku yang melankolia...~~
Comments