Mengering, membatu kah hati ini?
Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Pemurah.
Segala dugaan yang sedang aku hadap, dan baru lepas satu per satu, seperti membuatkan air mataku sudah kering. Hati aku seperti tiada simpati pada diri sendiri. Aku hanya termenung sahaja, penyudah hari, aku tidur, dan bangun esok hari, aku cari kehijauan yang mendamaikan. Aku berjogging. Atau beri sedikit ganjaran/keseronokan pada diri - pagi tadi, seusai jogging di KLCC park, aku ke Cold Storage untuk membeli seketul karipap yang sangat aku suka, seketul kecil karipap bersama secangkir teh di Signature Food Court sudah memberi sedikit kelegaan untuk hidup keseorangan dengan dugaan dan cabaran dunia. Malam tadi, sebekas ais krim gula apong Kampung Baru memberi sedikit ceria pada diri sendiri. Siapa lagi yang mahu menceriakan perempuan 45 tahun ini, kalau tidak dirinya sendiri?...
Mungkin Allah tahu, jika aku punya keluarga, punya anak seperti rakan sebayaku, air mataku tak henti mengalir. Mungkin mata sentiasa bengkak melihatkan karenah anak-anak generasi kini yang tidak peduli... pengalaman tinggal di asrama selama beberapa bulan memberi peluang untuk diri ini mengenali mereka yang bakal menamatkan pengajian dan memimpin organisasi yang dipertanggungjawabkan. Kenapa aku berkata begitu? In sha Allah, dalam entri akan datang, akan diluahkan apa yang terbuku.
Comments