Posts

Showing posts from June, 2009

pantang larang orang dedulu

tetiba malam ni teman teringat kat Opah teman dan arwah Tok teman , bila teringatkan deme , makan teringatlah pantang-larang yang deme kenakan ke atas cucu-cucu deme a. anak dara jangan menyanyi di dapur; nanti kawin dengan orang tua b. lepas masak, pindahkan dulu periuk/kuali dari dapur, pastu baru cedok masakan tu; kalau tak pindahkan, nanti orang tengok kita, asyik rasa panas hati aje c. jangan beli telur, jarum, pada waktu malam; teman tak pasti apa alasannya d. kalau makan, jangan berpindah banyak tempat; nanti perkahwinan tidak kekal & asyik kawin aje e. opah teman ada tegur teman , kalo minum dalam cawan kena berlapik dengan piringnya; kalau orang nak bercakap dengan kita, orang akan bercakap dengan sopan dan berlapik, takde main mulut laser f. jangan menyapu rumah malam-malam tapi teman rasa alasan-alasan yang dicipta itu punya sebab musababnya, a. kalo dah asyik menyanyi di dapur, hangitlah gulai, lagi satu, ate , lambat lah memasak kalo senduk dah tukar jadi ...

"Jika ada 2 khalifah bunuh salah seorang"

Ibrahim Batturah al-Haddad Sun | May 31, 09 | 8:39:26 pm MYT SEPOTONG hadis ada menyebutkan bahawa jika ada dua orang khalifah, maka bunuhlah salah seorang daripadanya. Lafaz hadis ini masih boleh diperdebatkan. Kesahihan dan martabat hadis ini juga boleh dipertikai apatah lagi dalam situasi genting di Perak. Barangkali, atas sebab inilah maka telah berlaku Perang Jamal dan Siffin yang menyaksikan sengketa dahsyat antara para sahabat dalam merebut kekuasaan. Jadi secara kebetulan atau memang telah disahkan dalam agama - jika ada dua pemimpin yang berebut kuasa, maka bunuhlah salah seorang daripadanya. Dalam Alam Melayu ada disebutkan pepatah, gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Ertinya, raja sesama raja berperang, yang menanggung seksa adalah rakyat jelata yang tidak berdosa. Sebab itu, bagi mengelak masalah pertumpahan ini berlaku, maka dalam ajaran Islam telah pun disebutkan suatu formula, iaitu - bunuh...

alkisah ptg Isnin: seorang wanita = pekerja = warga kota

Image
niat di hati hendak pulang awal ke rumah, gas masak di rumah sudah habis. 10 minit sebelum pukul 6 saya telah punch pulang. laju ajer satria berada di Jalan Tun Razak, tak sangka pula jalan sesak teramat sangat di depan Menara Celcom. sengaja pilih jalan di bukit keramat untuk elak jammed berhadapan stesen lrt damai sehingga ke pasar Dato Keramat.. oh! tidak, tidak, sama sahaja.. 6.45 pm; saya masih belum melepasi pasar dato keramat. rancangan saya untuk solat 'Asar di rumah dibatalkan. terus belok ke perkarangan Masjid Dato Keramat. selepas solat 'Asar, jam menunjukkan 7.05pm, perut minta diisi. makan malam di kedai makan berhampiran sementara menunggu Maghrib tiba. selepas Maghrib, ada pula pengajian. mula2 saya sudah hendak beredar, tetapi menarik pula intro yang didengar. tentang keimanan, sebab tidak tahu ada pengajian, tanpa pen & kertas, inilah yang mampu dikutip & dikongsi; pangkal keimanan pertama: di hati kedua: di mulut - apabila berkata benar ketiga: di kak...

motor kapchai abah

Kakak: ish, lajulah sikit Adik : mana boleh Kakak: lambatlah kita nak sampai rumah.. Inilah antara bebelan teman kat adik teman semasa dia membawa teman pulang ke rumah. Waktu itu teman dalam tahun dua di USM, cuti semester biasanya masing-masing sudah ada rancangan. Apabila mendengar ada di kalangan kawan-kawan bekerja sementara semasa cuti semester, maka teman pun teringinlah jugak. Nak merasa juga bekerja sambil mendapat duit poket… Teman telah berjaya menempatkan diri sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektonik di Ipoh. kilang memasang video player… zaman video player lagi... he he . Sempatlah teman bekerja sebulan...tiap-tiap hari teman berulang alik dari rumah ke Ipoh. Ada van yang menghantar dan mengambil pekerja dari Kuala Kangsar. Jadi, setiap hari teman terpaksa ke Kuala Kangsar untuk menaiki v...

TQVM to my housemate

thanking you dilla coz I'm able to access internet wireless thanking you ida coz give me way to express myself via blog thanking you nora for your moral support thanking you rina coz you're always you Malay (Malaysia, Brunei) Terima kasih Malay ( Malaysia, Brunie) [very much] Terima kasih banyak-banyak Dusun (Sabah Malaysia) Pounsikou Kadazan (Sabah Malaysia) Kotohuadan Javanese (Indonesia) Matur nuwun Javanese (Indonesia) Kesuwun Arabic (Middle East, North Africa) Shukran Arabic (Middle East, North Africa)[very] Shukran gazilan Tamil (India, Southeast Asia) Nandri Tamil (India, Southeast Asia) Nangreeih Mandarin [Chinese] (China) Xie xie Mandarin [Chinese] (China) Toa chie Japanese (Japan) Arigato Japanese (Japan)[act of thanks not ended] Arigato gozaimasu Japanese (Japan)[act of thanks has ended] Arigato gozaimashita Kore...

senario pusat servis

csr 1: ya, encik, boleh saya bantu? cust: I ada hal nak bertanya csr 1: hal apa encik? cust: pasal internet ni csr 1: oh! kalau hal sedemikian, encik perlu ke kaunter internet. encik sudah ambil nombor giliran di kaunter pertanyaan? cust: sudah, lambat sangatlah hendak tunggu csr 1: hari ini ramai pelanggan. encik tunggu sebentar cust: I tiada masa ni, lagipun yang berada di kaunter kerani sahaja. I manager, kenalah bercakap dengan manager. mana manager you? I nak jumpa csr 1: sebentar encik, saya ke belakang csr 1 masuk ke dalam mendapatkan pengurus cust berlegar-legar melihat jam di tangan cust: eh! apasal kawan awak lama sangat ni? penat lah I tunggu csr 2: sebentar encik csr 1 keluar csr 1: maaf encik, manager kami sedang bermesyuarat. encik boleh tunggu giliran di kaunter? cust: eh! kenapa pula I nak tunggu? I ni taraf manager lah! ah! sudah lah cust berlalu keluar csr 1: apahal customer ni? csr 2: nak cepat agaknya. ada teksi di luar, menunggunya csr 1: oh! ye ke? apasal dia tak ...

Kenapa keretapi?

Image
Soalan ini sering diajukan kepada teman setiap kali teman memilih keretapi untuk perjalanan jauh. Teman selesa pulang ke kampung menaiki keretapi, walaupun terpaksa membeli/menempah tiket lebih awal. Kenapa? Teman memilih keretapi kerana • Kalau bertolak dari KL Sentral ke Kuala Kangsar atau Ipoh, teman tidak perlu melalui suasana hirukpikuk kenderaan di jalan raya, wajah teman tidak dihinggapi habuk jalan, hidung teman tidak perlu menghidu asap kenderaan yang menyesakkan. Dari rumah teman di Setiawangsa, teman menaiki lrt, terus sahaja ke KL Sentral. • Teman berasa lebih selamat. Jarang dengar keretapi kemalangan tetapi sering membaca kemalangan di jalan raya • Lebih selamat berbanding dengan berada di hentian puduraya. Teman pernah didatangi lelaki meminta wang untuk membeli tiket, katanya. Di hadapan Menara Maybank, pernah teman disapa seorang lelaki yang mahu meminjam handphone teman . Teman jawab aje ‘handphone saya sudah habis bateri’. Selama teman menggunakan...

Sekilas Sekinchan

Image
"Sekinchan is a little town in the middle of the main rice-bowl area of Selangor, in the Sabak Bernam district." Sekinchan - pertama kali saya menjejakkan kaki di sini ialah sekitar penghujung Disember 2007. Saya ke sana untuk tugasan projek dengan sebuah syarikat penyelidikan yang beribupejabat di PJ. Pengalaman di sana memang menarik buat saya. Saya akan bekerja di luar daerah yang asing dan bekerja berkumpulan dengan mereka yang baru dikenali. "Hi! Hello!" pemula bicara, esoknya terus bertugas bersama. Sehari sebelum perjalanan dimulakan, kami berkumpul dan diberi taklimat produk serta semua yang berkaitan dengan tugasan kami. Kami akan ke sana berkumpulan, seramai 4 orang. Projek ini akan dijalankan di pekan Sekinchan selama 3 hari berturut-turut dan perlu berulang-alik dari PJ ke Sekinchan (saya pula ditambah; KL-PJ). Saya bertolak dari rumah di Kuala Lumpur dan terus ke PJ, seawal 7.00 pagi. Pada hari pertama, kami menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seora...