Posts

Showing posts from August, 2009

salam ramadhan

Image
selamat menyambut ramadhan al mubarak untuk semua teman, sahabat, kenalan baru & lama

YANG KLASIK

Image
dirakam semasa pameran kenderaan klasik di Taman Tasik Titiwangsa yang ini ada kat kampung.. seperti dijanjikan dalam entry lalu, inilah kapchai abah... masih menabur jasa sejak lebih 25 tahun yang lalu

Lagu untukmu

Image
pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan ingin ku lupakan semua tentang dirimu namun tak lagi seperti dirimu oh cintaku jauh kau pergi meninggalkan diriku di sini aku merindukan dirimu ingin kucuba mencari pengganti dirimu namun tak seperti dirimu oh kasih

Secangkir kopi O, sebuah kisah

Image
saya minum pagi bersama seorang sahabat. yang dipesan hanya secangkir kopi O dan seketul kuih. perbualannya; berkisar tentang hal semasa. tatkala perbualan baru bermula, kami terhenti. kami terdengar satu laungan dan nyanyian. La... orang mental rupanya.. . teringatlah saya dengan pengalaman saya sendiri, sebilik dengan seorang perempuan yang bermasalah mental. ia berlaku 10 tahun yang dahulu, lama dah... kakak ni menyewa dengan kami. 20 drp 21 org penghuni rumah pada masa itu ialah student USM atau bekas student USM. saya termasuk dalam kategori kedua, bekerja sementara mendapatkan pekerjaan tetap. masa itu belum konvo lagi. memandangkan penampilannya yang agak pelik, ada senior yang tinggal di tingkat bawah berbisik2 & ketawakannya. ada juga yang mengata sesama sendiri di hadapannya, bercakap dalam bahasa Inggeris. bagi saya & 3 lagi rakan sebilik, adakalanya kami mengingatkannya waktu solat yang sudah di penghujung waktu. waktu subuh; paling kerap kawan mengejutkannya. dia ...

PERIA: Penawar diabetes

Image
Percaya atau tidak PERIA adalah penawar. Sama ada anda suka atau tidak, sejak dari zaman dahulu, orang tua-tua telah menggunakan sayur PERIA sebagai penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Tumbuhan ini lazimnya digunakan sebagai ubat tradisional di China, India, Afrika dan tenggara Amerika Syarikat. Peria yang dikenali dengan nama botaninya, Momordica Charantia, sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrie n. Namakan sahaja - Vitamin A, Tiamina, Riboflavin, Asid Nikotinik, Vitamin C dan Zat Besi, semuanya terdapat pada sayuran ini. Mengap a Buah P eria? Peria telah lama digunakan di India sebagai penawar masalah kesihatan keluarga untuk penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus. Lektin yang terkandung dalam peria telah menunjukkan kesan lipogenic dan antilipolytic yang jelas. Pelbagai masalah jangkitan dan kanser adalah antara kes kesihatan yang didapati menunjukan kesan po...

Again: I'm Burning The Midnight Oil

Image
Teman menerima panggilan dari Caroline meminta menyiapkan satu tugasan. Tugasan kali ini selama sejam. Buat aje la... walaupun bayaran yang ditawarkan semakin meleset, menurun sepertimana menurunnya ekonomi dunia. Mungkin inilah rezeki teman , tika orang lain enggan menerima tugasan murah dan tugasan payah sebegini (conversation yang bising & bertabur). Bagi teman , ini opportunity to refresh my marketing knowledge, especially in marketing research. Teknik dan cara pengendalian penyelidikan pemasaran dapat dipelajari secara tidak langsung. Maklum ajelah, bidang ini berubah mengikut perubahan semasa. Sememangnya teman menyukai tugasan sebegini. Thanks Carol. Although, I am unable to pick up the audio (as usual). You e-mailed & I'm d/loading it via SENDSPACE.COM and thanks for those who inventing these technology. Finally, thanks to Him that granted the rezki to us. *rezki bukan sekadar berbentuk RM; kesihatan yang baik, ketenangan dan ilmu juga adalah rezki pemberianNya

al fatihah

2 Ogos 2009, 8.30 pagi, menerima panggilan dari seorang kawan lama, kawan sekolah, panggilannya tidak sempat dijawab. Ketika itu, saya baru tiba di KL Sentral dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Saudara Rozal bertanya sama ada mendapat perkhabaran dari sahabat kami, Asma. Saya maklumkan, tidak menerima sebarang mesej daripada Asma. Rozal memaklumkan yang salah seorang sahabat kami, Masnita Rashid telah kembali ke rahmatullah. Terkejut saya dan terus teringat yang Mas akan melahirkan anak tidak lama lagi. Saya bertanya, “Apa ceritanya?” Rozal menjawab, “Tak tau, cuma terima sms dari Ma” Sebaik sahaja meletakkan gagang, sms dari Ma diterima. Saya meneruskan perjalanan pulang dengan keretapi. Setibanya di stesen Kuala Kangsar, saya menghubungi Rozal semula dan beliau dalam perjalanan ke sana. Disebabkan pakaian saya yang ‘improper’, saya pulang ke Padang Rengas bertukar pakaian terlebih dahulu dan mencapai kunci satria, kembali ke Kuala Kangsar. Sahabat-sahabat lain; Rozal sekeluarga, Kat...