Posts

Showing posts from September, 2014

Pokok Cabe teman

Image
Orang Perak panggil cili tu cabe. Ada negeri lain panggilnya lada. Apa-apa pun, rasanya tetap pedas cuma tahap kepedasan berbeza. Teman nak berkongsi foto-foto pokok cabe teman yang semakin segar membugar di laman rumah. Hujan yang Allah turun memberikan rahmat. Pokok cabe dan tanaman lain menjadi segar. Gembira hati teman memetik cabe yang semakin hari menghasilkan bentuk yang semakin membesar. Tidak berbaja langsung. Hanya pada awal menanam dulu (3 tahun yang dulu) ada ditabur baja. Lihatlah saiznya yang semakin besar.  Pokok yang banyak memberi sumbangan. Tidak perlu membeli cabe lagi...  W alaupun pokoknya hampir tidak bernyawa, satu dahan sudah bertukar warna coklat, dahan yang sebelah lagi tetap memberi sumbangan kepada teman....terima kasih pokok!  Indahnya ciptaan Allah, macam-macam rupa bentuk pokok cabe yang terhasil walaupun ditanam serentak, dan dari biji-biji cabe kering dari bekas sama. Biji-biji cabe kering ini pula diperolehi set...

Berkhalwat di sauna

Image
 Merujuk makna bahasa, khalwat ialah  1. perihal (perbuatan) mengasing­kan atau memencilkan diri (kerana mene­nangkan fikiran, bertafakur, dll); Dah lama tak bersauna, dulu, seminggu sekali bersauna sebab tak berpeluang bersenam di awal pagi. Seronok sauna sorang-sorang. Sambil berpeluh, berfikir idea atau apa-apa sahaja untuk self-improvement. Kadang-kadang call orang, bersembang sambil mengelap peluh. ini alat sauna. ada batu di atasnya. dipanaskan dengan kawalan suhu  Cebok air dan senduknya - diperbuat dari kayu   Ini atas bumbung. Semua di perbuat dari kayu.   Kalau dah berasap sangat, boleh buka, bagi lega sikit.. Pintu sauna. Towel teman kat handle pintu. Towel lencun lepas bersauna. Seluruh dinding dan lantai diperbuat dari kayu jenis ringan - tak tahu lah kayu apa tapi mudah kering dan ada bau menyenangkan.

Surau Macam Bilik Sendiri

Image
Apabila surau dibuat seperti bilik sendiri... bukan sekadar mata sahaja sakit, ada bau kurang menyenangkan menusuk ke hidung. Selepas tahu 2 orang cleaner warga bukan tempatan ini datang seawal 7 pagi dan diambil pulang oleh majikan mereka sekitar 6 - 7 petang, rasa-rasanya tak perlu lah diperlakukan surau sebegini... Disebabkan tak selesa, teman melaporkan kepada pihak Pengurusan yang tak tahu-menahu sebab pihak Pengurusan bukan beragama Islam dan lelaki belaka.    Teman bekerja 3 bulan sahaja di bangunan ini dan meninggalkannya dalam keadaan sempurna seperti keadaan surau normal... 

Percaya atau tidak... buka persepsi kita

Apabila ada yang mencebik dengan hasrat teman yang belum tertunai... tak mengapalah kawan... hasrat itu pasti akan jadi nyata. Hanya yang berlapang minda mahu memahami.  Halangannya ialah RM.  Apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Tiada apa yang perlu dihairankan... suatu masa dahulu juga, ada yang tak percaya budak perempuan kecil ini bisa meraih semua A dalam PPDL. Kemudian, masih ada yang tidak percaya apabila gadis kecil ini memperolehi 6A dengan agregat 7 dalam SRP. Seterusnya, masih ada yang tidak menyangka, wanita muda ini berada di USM untuk menuntut ilmu di peringkat ijazah - sangka mereka, hanya bekerja sebagai pentadbir bawahan. Tamat pengajian, apabila berjawatan eksekutif dan wakil organisasi di negeri kelahiran sendiri, ada yang fikir, teman memperolehi jawatan kerana ada kenalan/kroni. Hari ini, ada yang percaya dan yakin dengan kebolehan teman dan ada yang tidak... yang agak mengecewakan apabila rakan-rakan yang telah lama mengenali kelihatan kurang...

Kek Harijadi

Image
Pinjam gambar dari Mr Google je... untuk birthday lady.. Ada yang sudi nak celebrate macam ni dengan teman? Bestnya... Ceria dan ceria.. Nampak sedap... banyak buah2an..

Jangan tinggal 'Nak'

Image
Minggu lepas menerima panggilan nun jauh di benua lain.  Gembira tak tergambar. Bertukar khabar sepanjang setahun masing-masing gagal menghubungi satu sama lain. Yang baik dan enak didengar. Yang tidak enak didengar; apabila perkataan NAK yang teman gunakan semasa berbual dengan seorang kawan lain digugurkan dari pengkisahan tentang perkembangan diri teman yang terkini (ketika itulah..). Sebenarnya teman ada meluahkan hasrat untuk menyambungkan pengajian ke peringkat seterusnya. Kisah teman diwar-warkan diWhatsapp dengan pengguguran perkataan NAK, menyebabkan pemahaman rakan-rakan yang membaca menganggap yang teman sudah pun memulakan pengajian.  No wonderlah ada rakan yang bertembung dengan teman di stesen LRT bertanya dan apabila jawapan teman berbeza dari yang mahu didengari, dia memandangkan ke arah lain sambil mencebik...  Itulah kesannya meninggalkan satu-satu perkataan. Nak dari perkataan Hendak/Mahu/Berhasrat, belum buat lagi lah kawan. ...

Sahabat Sepanjang Zaman

Antara perkara yang menggembirakan teman dalam menjalani hidup seharian ini ialah menerima panggilan dan sebuah sms dari sahabat-sahabat yang menyenangkan hati kita. Ramai di kalangan kawan yang merungut di belakang kerana keengganan teman mengaktifkan whatsup dan aplikasi perhubungan lain. Teman ada alasan teman yang tersendiri dan tidak perlulah di heboh hebahkan ke seantero dunia. Beberapa sahabat yang masih sudi berhubung dengan teman dengan kemudahan yang teman ada - teman ucapkan terima kasih tidak terhingga. Sahabat yang jauh di benua Eropah, dan sahabat lama kami di Selangor yang walaupun mempunyai kehidupan mewah, masih sudi bertanya khabar. Dan hari ini menerima sms dari seorang sahabat yang agak baru dikenali dan menjadi rapat kerana kesudian beliau membantu dengan kepakaran yang beliau miliki. Terima kasih kepada kalian. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan dan persahabatan ini sepanjang zaman. Terima kasih kepadaMu ya Allah dengan anugerah mereka sebagai sahaba...