Ramadhan dengan Tok Rose
Setiap kali Ramadhan, pasti teman terkenangkan tok teman, bapak kepada emak teman. Selepas teman dilahirkan, teman cuma ada Tok dan Opah sebelah emak je. Tok dan Opah sebelah abah tidak sempat melihat kewujudan teman. Teman masih ingat, ketika kali pertama cuba berpuasa penuh. Darjah Tiga. Waktu itu, abah dalam proses berhenti dari Airforce Service. Berkursus. Teman dan adik-adik serta emak sudah pulang ke kampung, tinggal di rumah yang abah dah sediakan di Pekan Padang Rengas. Tok sering menjenguk kami. Kerap juga kami pulang ke kampung Tok. Tak jauh pun dari Pekan, cuma masuk ke dalam. Waktu itu, laluan masuk kampung ada kebun getah kiri dan kanan. Kini, sudah ada Kolej Vokasional Teknik dan taman-taman perumahan. Ada beberapa hari dalam bulan Ramadhan, kami bermalam di rumah Tok dan Opah. Tok sangat baik orangnya, very humble dan kelakar tetapi bermotivasi dan memberi motivasi serta kreatif orangnya. In sha Allah, akan saya ceritakan lain kali. S...