Posts

Rokok dedaun nan rimbun...

Image
Perkara biasa di utara tanah air melihat golongan muda seperti ini menghisap rokok daun. Ini kertas/daun kering yang digunakan membalut isi tembakau. Ini pula tembakau kering. Daun, tembakau, lighter. Bekalan daun dan daun kering ini boleh diperolehi di mana-mana; kedai runcit dan pasar malam juga. Lori kecil ini berniaga semua jenis rokok termasuk rokok daun. Towkay rokok ini bergerak dari pasar malam ke pasar malam. Foto ini dirakam dengan izin penjual lelaki muda berbangsa Cina di Pasar malam Sabtu pekan Kepala Batas. Semasa mengambil angin melawat bendang, terserempak dengan lori comel ini di sana. 

Kesan Banjir di hometown

Image
14 January 2015 pulang sehari di Kuala Kangsar kerana ada hal yang nak dibincangkan bersama Abah. Sebaik sahaja tiba dan masuk ke dalam kereta, Abah mengajak teman dan emak melihat kesan banjir di Lembah Kuala Kangsar. Waktu kami tiba, kakitangan MPKK sedang sibuk mencuci.  Kru Media Prima turut berada di kawasan pembersihan.     Kesan kepada pokok dan bangunan di Lembah Kuala Kangsar    Ini pula foto-foto yang diambil bersebelahan bawah istana di Bukit Chandan.  Ini pula kesan-kesan yang dirakamkan sepanjang tepi Sungai Perak (menghampiri Taman Tepi Sungai Kuala Kangsar) ketika turun dari Bukit Chandan.

Tinggalkan aku

Katamu cinta telah tiada Sendiri aku menahan pedih ini Hilang semua rasa Habis begitu saja Untuk bersama buat selamanya Katamu dia yang lebih sempurna Dialah di jiwa Dia nafas asmara Bisikan kata-kata akhir menusuk jiwaku Kini kau datang untuk kembali padaku Pergi sudah tinggalkan aku Ku tak ingin engkau ada, kembali ke dalam cerita hidupku Kubahagia tanpamu dirimu Biar begini adanya aku Kerana tanpamu kutemukan sinarnya Bisikan kata akhirmu itu menusuk jiwaku Kini kau datang untuk kembali padaku Pergi sudah tinggalkan aku Ku tak ingin engkau kembali lagi ke dalam cerita hidupku Usah lagi kau guris hatiku Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam hidupku Pergilah kau dari hidupku Kubahagia tanpamu dirimu Biar begini adanya aku Kerana tanpamu kutemukan sinarnya

Apam Kepala Batas

Image
Nampak macam biasa je... di KL pun ada..  Yang luar biasa, rasanya marvelous... tak macam di KL atau tempat lain yang pernah teman rasa. Apam di pasar malam Kepala Batas dan Bertam rasanya lebih padat, gebu dan lembut. Apabila dimakan, terasa mengunyah dan ada rasa mengenyangkan. Nyior yang bercampur garam, terasa kesegarannya. Nyior parut baru, tak simpan dalam peti ais. Apam KL? Rasa cair dalam mulut, tak kenyang.. Harga? Murah... 4 ketul comel ni RM1 sahaja.  Yang paling best, ia dijual panas-panas di pasar malam. Apam dipanaskan di atas para buluh yang unik. Satu yang unik. Tidak pernah lihat di mana-mana pasar malam KL atau Perak yang pernah teman kunjungi.  Cara jualan, rasa yang enak dan harga sangat berpatutan... harapnya peniaga di sana dapat mengekalkan presentation yang nampak ringkas tapi menarik. Yang biasa untuk anda tetapi menarik untuk pengunjung luar seperti kami.

Murtabak Kepala Batas

Image
Murtabak ni teman beli di pasar malam Kepala Batas .  Harga: RM1.50 Saiz: Comel Tahap kepuasan: Mengenyangkan, ada rasa murtabak, ada tergigit ketulan daging, bawang cukanya sedap, dan rangup, cukup rasa cuka dan manisnya. Yang lagi menarik, semasa lawatan ambil angin di bendang, ternampak orang berjualan di tepi jalan kampung. Kalau tak silap, sekitar Bumbong Lima . Kami singgah... nampak ada murtabak. Beli. Harganya; RM1 dengan rasa dan saiz yang sama! Nak dapat makan murtabak begini di KL ? Buat sendiri di rumah.... buat murtabak manggi je la...

Cerita Lima Kupang

Image
Apabila Celcom center mula caj RM0.50 untuk setiap panggilan kepada call center, ada problem pun rasa malas nak call... Bukan suka-suka nak call customer service, kita call bersebab. Sejak pulang ke KL, susah benar nak connect internet menggunakan usb modem. Di Kepala Batas, kawasan perumahan yang masih belum siap mungkin menjadi punca servis internet yang teruk. Bukan Celcom sahaja, semua service provider juga begitu. Tetapi tidak menjadi masalah besar sebab boleh menggunkan wi-fi tanpa had di pejabat. Beberapa hari lepas teman terpaksa call Celcom center dan tentu sahaja dicaj RM0.50. Masalah selesai sebentar sahaja. Hari ini terpaksa walk-in ke Celcom di Jalan Ampang. Penjelasan CSR, sebenarnya line teman di bar sebab ada 2 bulan outstanding. Itu sahaja. Kenapa RM0.50 dibazirkan tanpa penjelasan, penyelesaian yang mudah? Mungkin sudah tiba masanya bertukar ke service provider lain... U wait!

Pesan Ustaz Teman..

Terkejut teman menerima berita dari trainee teman. Tersangkut di Bagan Serai kerana mengikut program bantuan banjir. Katanya, sepatutnya pulang semalam tapi masih terkandas di sana. Sudah seminggu berada di sana dan sudah seminggu juga tidak menghadirkan diri ke kelas.  Peperiksaan pula hari ini dan lusa. Apa komen anda? Dalam situasi begini, masih segar di ingatan teman, pesanan Ustaz Radhi, ustaz yang mengajar teman semasa mengikuti kursus minor pengajian Islam di USM dulu. Ustaz Radhi mengajar teman dua subjek; Prinsip dan Sumber Perundangan Islam, dan Mu'amalat.  Pesan ustaz dalam salah satu kelas tutorial kami dahulu, tanggungjawab yang diutamakan mengikut turutan: Pertama - Allah Kedua - Diri sendiri Ketiga - Keluarga terdekat. Kemudian Jika belum berumahtangga, ibubapa. Jika sudah berumahtangga, suami/isteri dan anak-anak. Disusuli ibubapa. Keempat - Jiran tetangga terdekat Kelima - Masyarakat Seterusnya, baru masyarakat yang lebih jau...

Paddy field @ Penang-Kedah border

Image
Yesterday, three of my trainees and me went to view the paddy field at Pinang Tunggal , Kepala Batas area. Beautiful scenery. Though it's raining, the fresh air freshen my mind...such a good therapy... We went until Penang-Kedah border and found this big tree between the river and the paddy field. My trainees - Firdaus, Zul, Hafiz

My Visit to USM Kepala Batas

Image
I'm in Kepala Batas for a few months. My new housemate is a Sudanese. She is doing PhD research at USM lab at Kepala Batas. I've got an opportunity to enter the lab and view its surroundings. These are photos that I'd like to share..... The building The alley to the lab The herbs garden in between the buildings Nice view in front of the building The birds More birds Far view of the lake and eagles The eagles sat on the fence, facing the lake.  According to the security guard, the eagles migrate to the lake every end of the year. Where it comes from? Wallahu'alam...

Dalam laman ada taman teman....

Image
Hajat di hati nak buat taman herba mini. Masih belum cukup jenis tanamannya dan masih bercampur-aduk. Insya Allah akan difikirkan cara untuk menambahbaik taman mini ini... Ada anak pokok serai di sebelah atas kiri. Anak pokok ulam raja juga tumbuh berdekatan. Pokok bunga ini ambil di kampung dan mudah tumbuh serta menjadi-jadi pula.   Anak pokok ulam raja dan anak pokok cabe.   2 pokok delima kongsi kayu pancang sama. Sabor-sabor ler pokok...nanti teman carikan kome pancang kome sendiri...   Eh eh.. rezki mike, kan. sudah lah kecil ramping, dapat pancang hakmilik sendiri, tak perlu share..   Hai anak-anak pokok cabe... membesar dengan sihat ya..   Hai anak-anak cabe di dalam pot panjang... nanti teman pindahkan mike ke tempat yang lebih selesa, ya..   3 pokok delima dalam 2 bekas mineral besor. Pokok bunga yang tak tahu nama ni menjadi-jadi pula tumbuhnya...biorkanlah deme...   Pemandangan keseluruhan... betapa mininy...