Posts

Showing posts from September, 2013

Di bilik gelap itu..

Image
Berjumpa dengan seorang kakak tai'chi di taman semalam, heboh dia, "hah, lamanya tak nampak!". Memang dah seminggu lebih tak join tai'chi. Bukannya tak mahu tapi mengejar masa.  21 - 23 Sept. menulis transkrip. Tak kuasa nak bergerak keluar ke mana-mana selagi transkrip belum siap. 24, 25 & 26 Sept dapat tugasan note taking di Dang Wangi.  Tak ramai yang faham tugasan/kerjaya sebegini. Kerja note taking ni biasanya duduk terperap ambil point di dalam observation room yang sempit dan gelap gulita. Tak boleh pasang lampu. Kalau pasang lampu orang sebelah sana nampak. Kadang-kadang nak tergelak pun ada apabila orang sebelah sana  mencerminkan diri. Kalau nak dapat bayangan bilik gelap tu, kepada yang biasa menonton siri-siri penyiasatan polis macam cerita NCIS ke... boleh lah bayangkan.  Atau nak tengok contoh sebenar boleh tengok je kat bawah ni    terima kasih Mr Gugel...

Main kaler di hujung minggu

Image
Pagi minggu, merajinkan diri bersenam. Agak lambat sampai di Taman Tasik sebab  berjalan kaki. Sengaja tidak memandu, dah tahu ada event karnival sepakat 1 Malaysia. Tentunya banyak kereta dan susah nak memarkir nanti. Dapat juga join Senamrobik. Sebenarnya tak berapa minat nak bergoyang-goyang tengah khalayak. Tapi layan je lah... semua orang pun serupa, bergoyang-goyang. Yang tak syoknya, nampak bayang sendiri bergerak-gerak macam Pinocchio. Apa lagi masa buat rentak Gangnam Style.. Lagu Gangnam Style tu... boleh lah buat release lepas keje 3 hari berturut-turut dalam bilik gelap.  Jumpa beberapa kakak Taichi. Dan sembang-sembang kejap. Pastu, dengar ada announcement 'Pertandingan Mewarna Batik'. Uish... menarik tu... tak pernah pegang berus & kaler batik nih... yang bestnya, penyertaan FOC! ha ha.. pucuk dicita ulam mendatang... pernah berhajat nak minta orang ajarkan, katanya, "sibuklah. tak ada masa".  tak pe lah... rezki feel mewarna batik dekat rumah s...

Ada 3 Hal

Tak tau lah bila cut paste kata-kata di bawah ni. Rasa menarik untuk dikongsikan. * Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :   1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan   * Ada 3 Hal yg dpt menghancurkan hidup seseorg :   1. Kemarahan 2. Keangkuhan 3. Dendam   * Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :   1. Harapan 2. Keikhlasan 3. Kejujuran   * Ada 3 Hal yg paling berharga :   1. Kasih Sayang 2. Cinta 3. Kebaikan   * Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :   1. Kekayaan 2. Kejayaan 3. Mimpi   * Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :   1. Komitmen 2. Ketulusan 3. Kerja keras   * Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :   1. Tekad 2. Kemahuan 3. Fokus   * Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :   1. Rezeki 2. Umur 3. Jodoh   TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :   1. Tua 2. Sakit 3. Kematian.  

Tulisan yang perlu dibincang/fikir-fikirkan?

Baru lepas baca kat satu website - Executive summary yang ditulis oleh seorang Professor of  Business History. Selama belajar business, tak pernah dengar pula ada satu kursus/paper Business History. Menarik tu... mungkin kita perlu ada satu paper macam ni supaya pelajar2 perniagaan lebih faham & menghayati kursus bisnes yang dihadiri. Inspired to become an entrepreneur, bukan mengeluh tak dapat kerja makan gaji. Okay. Berbalik tentang working paper yang ditulis oleh Mr Jones ni - Entrepreneurship in the Natural Food and Beauty Categories Before 2000: Global Visions and Local. Salah satu key concepts yang ditulis:  "Many individual entrepreneurs suffered from personal illnesses which appeared to have motivated their subsequent careers". Di bahasa melayukan, Ramai usahawan pernah menderita sakit yang kemudiannya menjadi pendorong kepada kerjaya  mereka yang seterusnya. Betul ke?  Semasa menyiapkan thesis Master dulu, ada membaca tentang seorang ahli pe...

Acara menambah berat

Pagi-pagi sape'e exercise. Semua alat di open gim Taman Tasik dikerjakan. Jogging 1 round dah penat rasanya. Tapi okay. Berpeluh-peluh. Balik, menyinggah, mengintai ex-junior Bainun yang ada football match dengan team Setiawangsa.  Tak kuasa nak intai lama2 sebab kena cari washroom. Perut pun ada bunyi rock&roll. Pergi kedai mamak kaler hijau. Guna jalan belakang, nak qada hajat dulu baru nak order makanan. Sekali, ternampak ada satu periuk besar gulai dalca tak bertutup di atas lantai berdekatan dengan tandas wanita. Masuk tandas, banyak le lalat dalam tandas. Agak lama juga 'bertapa'. Keluar tandas, ingat dah beralih le gulai seperiuk tadi. Rupa-rupanya, masih di tempat yang sama. Hilang selera nak mengorder roti canai. Tobat, taknak masuk dah restoran tu. Terus je ke food court, order roti canai kosong yang di tengah-tengahnya memang kosong, boleh masuk syiling 5 kupang.  Lepas breakfast, ke mini stadium, menonton match. Minta diri selepas setengah jam. Ada...

Kerani perangkap Juruwang

Image
Malangnya juruwang kerana kerani perangkap. Malangnya company kerana ada kerani hati tak wangi. Malangnya siapa yang advertise iklan jawatan ini kerana Bos marah-marah apabila baca. Malangnya sesiapa yang dapat memenuhi jawatan ini... ada kemungkinan pihak company tak tahu ada kesilapan bahasa. Apabila dah bekerja nanti, kebarangkalian miscommunication bos-subordinat akan berlaku. Kerani merangkap juruwang akan stress.

Tiru, ciplak, curi

Kita ada idea. Kita ada bahan untuk realisasikan idea. Kita mahu orang miliki idea yang telah kita realisasikan. Kita bangga kalau orang miliki dan guna produk yang kita cipta. Kita anggap orang hargai inovasi kita. Kembang-kempis perut dengan rasa bangga... pernah dengar ayat ni -  "Terasa diri ini begitu berharga..." Lepas tu, kita marah. Kita meradang. Kita naik angin. Kita naik minyak (macam harga RON yang naik selepas 12am tadi). "Penat-penat aku design, macam nak pecah kepala otak. Senang-senang je orang tiru. Curi idea asal aku" Sabor Yop, sabor. Yong pun banyak-banyak bersabor. Bawak bertenang, jangan bertendang.. Inilah yang nak dikisahkan. Pagi tadi, selepas bersahur, teringat ayam goreng. Bukan nak makan. Teringat kisah KFC & Kolonel Sanders. Dah lama tahu kisah perjalanan hidupnya. Tapi untuk kesahihan, rujuk laman rasmi KFC di sini  . Mengambil iktibar dari kisah mendiang atuk Sanders ni, usahanya yang tidak pernah kenal erti berhenti dan pu...

Bukan sebarang Ayam

Image
Balik kampung baru-baru ini, mak, abah & kakak ke kampung abah di Keroh. Seronok makan tengahari di rumah kakak sepupu. Yong Piah jamu lauk rendang pucuk paku, sambal tumis ikan & petai mentah. Walaupun ia hidangan ringkas bagi Yong Piah, menikmati hidangan kampung dengan suasana kampung dan bahan masakan segar, lain rasa. Bertambah-tambah nasi & err, boleh bertambah-tambah berat kalau selalu makan begitu. Lepas makan, kami ambil cempedak, jambu merah & limau manis yang orang biasa panggil limau bali. Semasa di sana, sempat juga snap gambar. Yang buat Yong Piah tergelak, sebab kakak asyik snap gambar ayam-ayam kesayangan anak dia, Adli. Ayam-ayam yang Adli bela ada yang tak sama dengan ayam di pasar basah. Ayam-ayamnya boleh mencecah 3 atau 4 angka. Tapi tak tahu lah kakak nak bezakan yang mana nilai 2 angka, 3 angka atau 4 angka. Di mata kakak, ayam semua berkaki dua; suka kais pagi, makan pagi; buang sisa toksin merata-rata; & sedap dibuat rendang atau gulai...