Posts

Warkah tidak beralamat

Image
Assalamualaikum… aku tahu, warkah ini tiada beralamat. Aku tahu, kepada siapa mahu kutuju tetapi alamatmu tidak pernah kutahu... mengapa aku menulis surat ini? Kerana pengakuan seorang hamba Allah (dibahasakan En. Z) yang menyampaikan kepada ayahandaku. Ayahanda mengkhabarkan kepada bonda. Dan bonda menyusun kata mengisahkan kepadaku. Hampir lapan tahun dahulu, masjid berdekatan rumahku dikunjungi oleh sepasang suamiisteri. Mereka bertanya kepada kariah masjid tentang rumah seseorang yang dicari. Beberapa kariah masjid yang berada di situ bertanya tujuan pencarian mereka. Jawab si suami; anak lelaki kami berkawan dengan anak perempuannya. En. Z turut mendengar. Kata-kata yang diucapkan oleh para kariah bertali arus. En. Z mendengar tetapi tidak berpeluang mencelah dan memaklumkan di mana rumah tersebut. Ucapan akhir salah seorang daripada mereka, ”lebih baik balik sahaja”. Suami isteri itu akhirnya pulang tanpa mengetahui lokasi rumah. Dalam pengakuan En. Z (selepas 8 tahun berlalu), b...

Otak-otak Kukus cara Teman

Image
Apa khabar mengkome semua.... lama teman tak mengirim khabor... kali ni teman nak berkongsi resipi Otak-otak kukus. Resipi ni teman dapat dari kalendar Petronas tahun dedulu... teman simpan sebab nampak sedap je ikan dikukus macam tu... Okay, kekawan, mula-mula tu, seperti biasa, ikan dibersihkan. Kalau nak goreng cam biasa pun boleh... tak goreng pun takpe... Langkah 1: penyediaan paste Tumbuk hancur cabai, halia, lengkuas, serai, kerisik, garam secukup rasa. Selepas itu, campurkan air asam jawa. Jumlah bahan-bahan tu ikut citarasa masing-masing. Langkah 2: Gaulkan dengan ikan Langkah 3: Bungkuskan dengan daun pisang Langkah 4: Kukuskan Langkah 5: Siap masak

Berniaga: apa yang utama?

Tulisan saya sebelum ini; diakhiri dengan ayat yang jika diucapkan, umpama mulut takde insuran. Jika tulisan, tulisan takde insuran agaknye... Bukan tujuan untuk menyindir. Saya berkongsi kisah tersebut untuk berkongsi sedikit ilmu yang sekelumit pada diri saya. Pada hemat saya, sekilas pandang di pusat komputer tersebut, boleh saya simpulkan; zaman gemilangnya sudah berakhir. Saingan dari pengusaha CC yang menyediakan peralatan baru, kepantasan melayari internet, suasana yang lebih selesa dan mesra pengguna menjadi ancaman kepada pengusaha lama. Jika saya berada di tempat pemilik kedai dan bertemu pelanggan lama yang dikenali bukan sekadar hubungan pelanggan-peniaga, sudah pasti saya meminta pandangan ikhlas. Walaupun saya telah menawarkan khidmat konsultansi kepadanya tetapi mungkin tidak yakin dengan kebolehan saya atau sayang pinjaman tunai diagih untuk bayaran fee yang mana disia-siakan dengan air liur dan kertas-kertas kerja konsultan sahaja, di sini saya lontarkan apa yang ingin...

Orang kita berniaga....

Nampaknya ada kerja yang terpaksa saya cetak segera. Saya ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan percetakan. Sebaik tiba, saya menuju ke Pusat Komputer yang biasa saya kunjungi sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, 7 tahun dahulu. Walau pun Pusat komputer dan Cyber Café (CC) semakin bercambah di bandar diraja ini, saya tetap memilih tempat lama. Lagipun, pemiliknya telah biasa dengan saya. Mudah berurusan. Sebaik menjejakkan kaki, terasa suasananya berbeza dari dahulu. Agak suram. Kurang pelanggan. Saya terus memilih komputer dan menyemak kerja saya sebelum dicetak. Semua emel yang diterima turut disemak. Selesai urusan, saya terus ke kaunter bayaran. Pemiliknya sendiri berada di kaunter bayaran. Sementara menunggu baki wang saya dikembalikan, saya mendongak melihat dinding Pusat Komputer. Ada berbagai warna yang pudar. Oren, kuning dan biru nampak bersopak. Agaknya hati kecil pemilik terasa dengan tingkah saya. Dia berkata, ”Kami nak buat cantik-cantik, cat semula tempat ni”. Disebabka...

Loghat Teman, siri 3

Dalam siri mari belajar loghat teman kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa patah perkataan baru yang berkaitan dengan bau. Bau menggunakan pancaindera hidung. Mengikut pengetahuan saya tentang penggunaan istilah bau di kalangan masyrakat setempat, terdapat beberapa istilah yang agak luar biasa didengari dalam bahasa harian orang-orang luar daerah. Berikut ialah perkataannya. 1. Mengit mengit ini adalah gambaran apabila hidung tercium bau yang kuat dan boleh membuka selera penghidu tersebut. Contoh ayat: 1.1 "Pagi-pagi, menghala je ke Kampung Paya Renggam tu, agak mengit je hidung ni... mana taknye... deghoyan deme bertimbun tepi jalan" Ayat difahami: "Jika menuju ke Kampung Paya Renggam pada waktu pagi, hidung ni tercium bau yang kuat. Apa tidaknya, durian-durian mereka bertimbun di tepi jalan" 1.2 "Sapa le ni... time2 Subuh macam ni dah menumih sambe. Mengit .... je. Lapo dibuatnya" Ayat difahami: "Siapalah agaknya yang menumis sambal di wak...

pesan berpesan...

Image

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Image
Wishing all my friends that celebrating CNY A prosperous tiger year and Happy Holidays to all Malaysian

Kenangan mengusik di Lake Garden

Image
Antara tempat-tempat teman duduk baca nota Pengajian Am 10 tahun dahulu....

DI MANA NILAINYA….

Saya dikunjungi oleh seorang jiran yang menjemput saya menyertai satu skim pemasaran. Pulangan lumayan katanya. Apa yang diperlukan hanyalah salinan slip gaji untuk beliau menguruskan pinjaman bank bagi modal keahlian skim ini. Sebagai bekas penuntut pemasaran, saya jelas benar apakah definisi dan realiti pemasaran itu. Membiarkan sahaja lelaki ini bercerita, berkongsi pengalaman orang lain yang berjaya dengan pulangan berganda sehingga mampu memiliki kereta mewah dalam masa beberapa bulan. Sambil mendengar kisahnya, dapat juga saya menimba ilmu. Tiada apa yang merugikan, itu yang saya rasa.... Walau bagaimanapun, hati saya tiba2 menjadi tawar bercampur pahit. Tawar dan pahit umpama meminum setengah mug Nescafe yang dicampurkan 3 sudu besar serbuk Nescafe Classic yang tidak ditaruh gula langsung. Kenapa? Kerana salah satu ucapan beliau yang berbunyi begini: belajar tinggi-tinggi pun tidak jadi kaya. Apa guna belajar tinggi-tinggi. Ada yang penat2 belajar, dapat Sarjana Muda Pentadbiran...

kreatif di luar kotak...

Image
dengan menggunakan apa yang ada di kelas, mereka berjaya menghasilkan pelbagai jenis props untuk menjayakan demo & persembahan. ini adalah antara kumpulan yang paling kreatif yang pernah cikgu bimbing... syabas kepada para pelatih. semoga kamu bakal sukses di hari depan. saksikanlah kekreatifan yang di luar kotak... kipas kertas kalung kertas topi kertas kertas dibuat lampu minyak, bekas api, api...masking tape jadi bentuk buyung... botol mineral dibuat trumpet, buku jadi alat muzik cina dulang hantaran dari buku, pinggan makan jadi dulang hantaran comel marker pen jadi colok naik van ke rumah pengantin lelaki kerusi bertukar jadi keranda kompang ada bunyi, apabila ditoleh... kerusi?... terkejut cikgu tengok fire extinguisher dijadikan tempat bunga pahar... dari aspek keselamatan, tak tau la apa komen orangapi (fireman)