Posts

Sudah cukup cukup sudah

Image
Terima kasih Mr Gugel - google image Inikah caramu membalas amarahmu Kau nodai kulitku Inikah caramu membalas dendammu  Kau gigit kulit yang kusayang Teganya kau menyanyi di cuping telingaku Kau permainkan ku sesuka hatimu Sudah cukup cukup sudah Cukup sampai disini saja Daripada hati gelisah Kulitku sudah berbekas noda Sudah cukup cukup sudah Cukup sampai disini saja Daripada batin terseksa Lebih baik kau pergi saja T’lah berulangkali ku sembur Ridsect Ternyata usahaku tak berarti untukmu Teganya kau menyanyi dicuping telingaku Kau permainkan ku sesuka hatimu Sudah cukup cukup sudah Cukup sampai disini saja Daripada hati gelisah Kulitku sudah berbekas noda Sudah cukup cukup sudah Cukup sampai disini saja Daripada batin terseksa Lebih baik kau pergi saja Sebelum kau kena fogging

My mini garden - organik lagi...

Image
Hasil mengisi masa lapang sejak mula tinggal di rumah ini, pokok-pokok kecil yang ditanam silih berganti. Walau bagaimanapun, serai yang tumbuh dengan banyaknya sudah pupus.  Pokok ulam raja yang baru telah tumbuh kembali - dengan benih baru.  Satu-satunya pokok ulam raja yang bertahan lama, sudah setinggi pinggang.  Pucuk pokok ini sudah kerap diulamkan.     Cabai ini tidak bermodal RM pun... hanya lebihan biji cili kering untuk memasak ditabur-taburkan. Apabila ada anak-anak pokok cabai yang tumbuh, diubah dan ditanam semula dengan teratur.  Alhamdulillah, pokok cabai yang ini tumbuh dengan baik. Inilah kali pertama ia berbuah dan buahnya sungguh gemuk. Walaupun tidak seperti dijual di pasar, boleh dikatakan baik sebab tidak berbaja.  Cabai-cabai organikku.    Benih pokok bunga yang diberikan oleh Yong Piah semasa bertandang ke rumahnya telah berbunga. Pokok-pokok yang lain akan berbunga tidak lama lagi - ...

Seperti dijanjikan... inilah kisah Sa'labah

Hari ini cuti sambutan Maulidur Rasul. Sempatlah saya mengotakan janji di entri yang lalu. Saya terpanggil untuk menulis kerana sudah dua kali saya mendengar kisah ini. Kali pertama di masjid Muaz b Jabal dan sekali lagi dengan lebih lengkap di kelas tempoh hari. Surah at-Taubah, ayat 75 dan 76 bermaksud:  dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata; "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh". Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).  Kisahnya... Sa'labah meminta Rasulullah s.a.w mendoakan dia menjadi kaya supaya dia boleh menjadi seorang dermawan. Sebelum dia kaya, setiap waktu solat, dia berada di masjid untuk berjemaah. Hari b...

Ponteng kerja, pergi kelas

Minggu lepas tidak ke kelas tafsir. Kelas ini baru saja disertai. Seronok pula belajar dengan Ustaz Khalid. Hari pertama datang kelas, segan juga sebab ramai makcik-makcik yang dah berpencen. Saya dan seorang kawan baya umur anak mereka agaknya. Kelas sudah membincangkan surah at-taubah. Kira masuk, terus dengar pasal tafsir surah at-taubah. Hari ini, ponteng job di Jalan Tun Ismail. Semalam sudah maklumkan dengan penyelia. Nak datang kerja selepas kelas, kepala pun agak kurang selesa. Semacam je rasanya...mungkin berfikir hal-hal kecil di sana-sini yang melibatkan hubungan sesama makhluk. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kepala pun agak berat. Alhamdulillah.. dapat juga memberi fokus kepada Ustaz yang mengajar. Topik hari ini dari surah at-Taubah: 75. Fokus tentang sedekah. In sha Allah akan dikongsikan dalam entri yang akan datang.

kuliyyah subuh - musibah melanda...

Image
Lambat ke kuliyyah subuh di masjid Muaz b Jabal tadi... terima kasih ms google hampir pukul 6.45 pagi baru tiba di masjid. Walau bagaimanapun, bersyukur kerana berjaya bangun awal dan hadir ke masjid. Sewaktu melangkah ke perkarangan masjid, sudah terdengar suara ustaz menyampaikan kuliah. Masuk di cuping telinga saya, "Susah dan senang itu adalah musibah" Huraian ustaz sewaktu saya telah bertimpuh di ruang masjid - contoh seorang hamba Allah yang meminta seorang ustaz mendoakan agar rezkinya dimurahkan dalam perniagaannya. Kemudian, hamba Allah ini tidak kelihatan langsung. Lebih kurang setahun, hamba Allah ini kelihatan di masjid yang sama dan bersua dengan ustaz yang sama. Hamba Allah ini memperkenalkan dirinya dan mengingatkan ustaz tentang doa yang pernah diminta dibacakan. Katanya, " Selepas saya meminta ustaz berdoa, rezki saya murah. Saya agak sibuk. Tetapi kini saya susah sedikit. Ustaz tolong doakan saya" Ketika susah, kita ada masa untuk ke ru...

Rutin lepaking

Image
Sejak 3 tahun menjadi warga kota semula, selain duduk di rumah, tempat lepak pun telah berubah. Biasanya, pagi-pagi beriadah di sini (pinjam dari gugel) Selepas itu ke tempat kerja. Selepas resign, biasanya ke kampus & bertapa di campus library atau lebih selesa di national library.  Sudah setahun tamat belajar. Rutin tak banyak berbeza. Pagi - berusaha memaksa diri beriadah. Kalau tak bekerja, mengunjungi PNM. (pinjam dari gugel juge) .... bosan? entahlah... buat masa ini, inilah tempat2 yang selesa & selamat... selamat diri, selamat poket... :)

Semangat berkobar, hasil tiada

Siang tadi moyok... kurang sihat sikit... biasa lah apabila usia semakin meningkat (rasa makin tua...sebab memang dah tua pun..). Tertidur selepas tertidur. Terjaga selepas telefon berdering. Ada pula telemarketer beritahu dapat free voucher. Layan kan ajelah... Selepas tu, teruskan membaca. Tetiba dapat idea, hasil dari bacaan jurnal. Selepas maghrib, menghidupkan komputer & internet. Tapi... sedih sungguh... akses ke laman yang dikehendaki... seperti menanti buah mempelam muda luruh (pepatah baru ke? - pokok mempelam depan rumah dah berbuah tapi hijau lagi) Akhirnya, meluah rasa di blok teman ni lah... tiada hasil dapat dituai. Mohon diizinkanNya, esok dapatlah memuatturun segala keperluan dan bahan di PNM. 

Inspiring book inspired me

Image
Love reading this kind of book rather than love or romantic novel. Inspiring and motivating. Written by successful and risk taker couple. It can be bought here; http://www.amazon.com/The-Risk-Takers-Entrepreneurs-Strategies/dp/1593156375 OR just get the copy by loan it from as what I've done......................

Apabila sembang kosong...

Selepas solat 'Isya malam tadi, lapar dengan tiba-tiba. Mihun goreng tomyam yang dimakan sebelum solat 'Asar tidak dapat bertahan lama di dalam perut. aduh... mesti makan juga.. nasi beras perang masih berbaki di dalam periuk. Masak sahaja lah lauk paling ringkas - sotong goreng kunyit + halia muda + kacang buncis . All in 1. Dah habis makan, housemate balik & join makan. Menu malam dia pun simple - burger ayam . Cukuplah mengalas perut sehingga pagi esok. Berbual sambil makan. Tiba-tiba dikejutkan dengan suara salam dari luar. Housemate membuka pintu. Jiran sebelah datang bertandang, membawa pamplet makanan kesihatan . Melayan bersembang dari satu topik ke satu topik. Dari topik produk yang dibawa sehinggalah hal peribadi - bagaimana detik pertemuan dia dengan suaminya. layan, layan juga. Sampuk juga cakap dia. Tapi... aduh... tak dapat ditahan-tahan, menguap di hadapan tamu. Housemate pun dah bersandar di dinding. Dalam hati, tertanya-tanya juga, sudah pukul be...

Menyusuri Sungai Melaka

Image
Semasa lawatan ke Melaka bersama warga Taichi Dato Keramat, kami sempat menyusuri sungai di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka. Dikongsikan beberapa gambar untuk kenangan di kemudian hari.