Posts

Apabila sel-sel otak enggan nak bersambung...

Siang tadi, boleh juga membaca, menulis sikit, semangat okay, walaupun puasa dan bersahur telur rebus sebiji dengan kopi susu. Biasa bersahur dengan nasi, walaupun lauk kerabu ikan bilis+tomato sahaja. Tiba-tiba, lepas zohor teringat nak call En. Shahrum TuneProtect, bertanya progress claim insurance untuk Satria. 2 hari lagi, genaplah setahun aku berpisah dengan Satria... mana bisaku lupakan peristiwa tragis itu. Kata En. Shahrum, dia akan sediakan dalam minggu ini. Aku terasa suaraku tersekat-sekat, bukan kerana mendengar suara En. Shahrum tapi rasa sayu mengingatkan pemergian Satria. Pagi tadi, aku online TV9 program Tanyalah Ustaz. Dah lama aku tak follow, sejak berpindah dari Keramat ke Sentul - TV aku bawa balik kampung. Tajuk yang dibincangkan "Berkorban Apa Saja". Kata Ustaz, sentiasalah berdoalah agar ditakdirkan dengan takdir yang baik kerana Rasulullah saw juga berbuat demikian. Rupa-rupanya, doa itu selalu saja kita baca - Rabbana atina fid dunya hasanah...

Kenal diri melalui kawan

Pagi ini, selepas tamat kelas mengaji, saya serahkan write-up yang telah saya siapkan Khamis lalu kepada Kak Fikah, classmateku. Kak Fikah, seorang muallaf berketurunan Portugis ialah guru Bahasa Inggeris MUET. Rezki menyertai kelas ini, mendapat seorang pemeriksa tatabahasa Inggeris untuk tulisan saya. Tiada caj dikenakan, malahan Kak Fikah nampak berminat nak baca write-up saya.  Seronok dan syukur mendapat kawan yang boleh membantu dan saya juga suka jika dapat kawan untuk dibantu. Dalam berkawan, saya banyak belajar. Belajar dengan ilmu kawan kita, belajar berkongsi ilmu melalui perbincangan, belajar menerusi pemerhatian kita. Dan dalam banyak-banyak yang saya pelajari, anugerah pembelajaran yang paling saya hargai ialah belajar mengenal diri sendiri. Bagi saya, setiap jalinan persahabatan yang memberi kesan positif atau negatif menjadikan saya belajar kenal diri sendiri. Lagi banyak kita berkawan, semakin kita kenal diri kita sebenarnya. Kita tidak perasan hal in...

4 series

Apabila usia menjejak 4 series ... perbezaan dirasa... Pergerakan tidak selincah dulu . Makan perlu lebih berhati-hati. Buat kerja perlu dirancang dan jangan ' over-ambitious '. Percakapan perlu lebih berhati-hati. SEBAB... Urat dan anggota tubuh  dah dipakai lama, jantung dah lama berdenyut. Buah pinggang, perut, usus , dah lama bekerja. Perlu bertoleransi dengan mereka. Disebabkan semua sudah bertambah usia, pergerakan semakin perlahan, nak buat kerja sekaligus kena fikir2kan. Perlu lebih matang dalam merancang. Percakapan perlu lebih berhati-hati sesuai dengan usia yang semakin matang. ALHAMDULILLAH Semasa muda, pernah berjalan laju, pernah bekerja lincah, pernah buat kerja part-time, tak buang masa, gunakan untuk cari ilmu dan skil sebanyak yang boleh sehinggakan skil jahit-menjahit , sulam-menyulam, masak memasak dipelajari. Kesilapan dalam berkata-kata diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian de...

Cerita Syawal Teman: Raya 1

Nak nyambung cerite semalam.  Di pagi raya, time abah, mak dan deme berdua bersarapan, teman menggosok baju sendiri, baju2 mak, & baju2 abah. Idak le teman minum pagi dengan deme. Tak kesior makan dengan orang bermuncung. Teman tak kisah pun pergi ke masjid sensorang. mak pun tak kisah nak pergi dulu, apa kisahkan...udah berkongsi pagor dengan masjid. Pintu pagar belakang ghomah terus keluar masuk laman masjid. Tangga masjid tak sampai 10 langkah orang dewasa. Ikut cerita mak teman, menantu dia macam ikut dari belakang. Mak buat nohen je... teman takde menghasut... hati emak dah terguris kalo oghang buat anak2 dia dan buat perangai dengan dia. Dalam masjid, pompuan tu duduk saf yang sama, berselang dengan sorang ahli jemaah. Mak buat nohen je. Mak pun rasa tak selesa sebab di bawah terlampau ramai oghang. Mak naik ke atas. Teman pula awal-awal dah naik bahagian atas masjid. Tak gemor nak berhimpit-himpit. Tinggal le pompuan tu sorang-sorang ... Seusai solat, bersala...

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana...

Idea... datanglah...

Image
Apabila idea seperti jauh dari ku... ilham tak kunjung, tak tiba... waktu ini yang aku ingat ialah membaca. ya, bacalah! dari pembacaan, boleh bawa kita berfikir, dari berfikir, kita ingin meluahkan. luahan yang terbaik ialah menulis. ya! mesti. wajib. menulis.

Motivasi Tok Rose

Petang-petang ni, teringat arwah Tok Rose. Cerita si pemanjat pokok kelapa (orang Perak sebut, poko nyior). Katanya, kalau nak panjat pokok nyior, kena panjat satu per satu. Takkan dapat memanjat kalau kaki kiri di sebatang pokok, kaki kanan pula di satu pokok lagi. Maksudnya? Nak buat kerja tu biar satu persatu. "Be focus!", kata omputeh. In sha Allah, Tok. Kakak akan cuba sedaya upaya untuk fokus pada kerja yang kakak buat sekarang. semoga Allah merahmati Tok dan semua nenek moyang di kedua-dua belah mak dan abah. Al-fatihah untuk Mohd Rose bin Satariah, Hatijah binti Abdullah Sani, Alang Wahab bin Kulop Abu Bakar dan isteri (lupa pulok nama mak Abah) dan moyang-moyangku.

Kawan mengaji ke Star Hill

Hujan lebat di luar. Bunyi guruh bersilih ganti. Teman di kampus. Tingkat 9. Kabur sahaja pemandangan dek kerana hujan yang lebat. Sejuk mula terasa. Sweater dicapai dan dikenakan. Apa yang hendak diceritakan ini? Kisah semalam. Sekarang teman mengaji al-Quran, bermula dengan iqra' atau masa dedulu, masa kecik-kecik dipanggil ngaji ja'me (bermula alif ba ta dan naik satu persatu). Cuma masa ngaji ja'me, kami mengeja setiap huruf, alif baris atas - aa, alif baris bawah - ee, lebih kurang begitu lah... Seusai pengajian yang berlangsung sejam, teman dan 2 orang kakak yang dikenali di kelas mengaji bersarapan seperti biasa di mall kegemaran kami. Makanan di mall tak lah terlalu sedap, tidak juga sebaliknya, tetapi suasana di Aeon Quill City Mall, dengan layanan mesra staff mereka serta kebersihan yang memuaskan memberi keselesaan kepada kami. Sebelum itu, telah teman maklumkan yang teman hendak ke Low Yatt, nak install antivirus yang dah lebih seratus hari tak ada ...

Selamat Tinggal...

Selamat tinggal.. Selamat lah Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'. Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul. Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala. Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan. Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seo...

habuk, sawang, semak...nak cuci

Memang dah terlampau berhabuk lah blog ini sejak tuannya tak sempat berblogging. Tapi blogwalking sempat pula... Pagi ni, di dalam bas GoKL, hati terasa sayu... terasa tiada tempat nak mengadu. Sorang diri, macam ni lah.. Terus lajak ke KL Sentral membeli tiket ETS pulang malam ni. Sekarang berada di kampus, menyemak urusan kewangan. Alhamdulillah berita gembira, semuanya dalam proses. Dah tu, apa pula yang menyedihkan? Banyak perkara yang berlaku... pemergian Satria 472 masih dikenang...kejadian yang di luar dugaan. Sebelum itu, kejadian ketua rumah unit apartmen yang disewa, umpama menghalau sebelum tempoh berpindah rumah tamat. Sebelum itu pula perpisahan dengan si dia telah di'confirm'kan. Sebelum itu lagi, topik thesis dilarikan orang. Sebelum itu lagi, pindah keluar dari Setiawangsa. Sebelum, sebelum, dan sebelum...banyaknya...ya, banyak. Sebab dah lama tak meluah rasa, melepaskan perasaan. Hanya Allah yang tahu perasaan hati ini. Setiap coretan, untuk mele...