Posts

Ramadhan dengan Tok Rose

Setiap kali Ramadhan, pasti teman terkenangkan tok teman, bapak kepada emak teman. Selepas teman dilahirkan, teman cuma ada Tok dan Opah sebelah emak je. Tok dan Opah sebelah abah tidak sempat melihat kewujudan teman. Teman masih ingat, ketika kali pertama cuba  berpuasa penuh. Darjah Tiga. Waktu itu, abah dalam proses berhenti dari Airforce Service. Berkursus. Teman dan adik-adik serta emak sudah pulang ke kampung, tinggal di rumah yang abah dah sediakan di Pekan Padang Rengas.  Tok sering menjenguk kami. Kerap juga kami pulang ke kampung Tok. Tak jauh pun dari Pekan, cuma masuk ke dalam. Waktu itu, laluan masuk kampung ada kebun getah kiri dan kanan. Kini, sudah ada Kolej Vokasional Teknik dan taman-taman perumahan. Ada beberapa hari dalam bulan Ramadhan, kami bermalam di rumah Tok dan Opah. Tok sangat baik orangnya, very humble dan kelakar tetapi bermotivasi dan memberi motivasi serta kreatif orangnya. In sha Allah, akan saya ceritakan lain kali.  S...

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan kepada semua sahabat, pengunjung yang sudi bertandang ke Blok Teman. Ada ke yang menziarah? Kalau sudi, tinggalkanlah jejak... buat suntikan semangat menulis. Ramadhan kali ini, mohon diberikan kesihatan dan kelapangan masa untuk beribadah dengan lebih baik dari tahun-tahun lalu. Juga, memohon sebanyak-banyaknya agar hajat hamba Mu yang hina-dina ini dimakbulkan. Sudah lama berhajat, masih belum Allah tunaikan. Masih banyak kekurangan dalam diri sehingga Dia belum perkenankan permohonanku...  Agenda Ramadhan kali ini juga dirancang untuk pelaksanaan sesuatu yang tertangguh berkali-kali. Semoga Allah perkenankan untuk dipermudahkan pelaksanaan perancangan ini.  SALAM RAMADHAN TO ALL

Rahsia Istikharah

Ketika salah seorang trainee teman dahulu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk perancangan setelah tamat kursus, teman suruh dia keluar kelas. Keluar kelas, terus ke masjid dan dirikan solat istikharah . Bukan gurauan. "Ambillah masa anda sebanyak mana pun". Teman lihat dia terlalu kabur dalam tujuan hidupnya. Rakan-rakan sekelasnya mengetawakan dia sambil menyuruh dia cepat-cepat ke masjid. Minggu lepas, staf teman menghantar surat peletakan jawatan kerana mahu menyertai kursus peringkat sijil. Sebaik sahaja Chairman tahu, staf tersebut terpaksalah mendengar ceramah - sudah ada diploma tetapi nak sertai kursus persijilan. Sebaik keluar dari bilik Bos, wajahnya nampak serabut. Sebaik Bos sudah keluar, saya nasihatkan dia beristikharah.  Habis menasihatinya dengan contoh pengalaman teman sendiri, kedengaran azan zuhur dari surau berhampiran. Tanda lunch hour. Saya tanya, "Tak keluar makan ke?" Dia geleng kepala dan menjawab dia sudah makan. Saya pul...

Sunshine Square dan kenangan 1998

Image
Tamat menuntut ilmu Pengurusan dengan majoring in Marketing dan minoring in Islamic Studies. Majoriti peluang kerja di Penang telah dibekukan. Teman dan kawan-kawan terpaksa berusaha mencari apa-apa sahaja kerja, asal sahaja bekerja yang halal. Sebaik habis menduduki peperiksaan akhir, hari Isnin berikutnya, bersama-sama rakan serumah yang telah tamat studi; kami ke Bayan Lepas FIZ. Kerja kilang biasa pun tidak mengapa.  Malang sekali, sebaik tiba di Intel Penang, HR Manager sudah mengenalpasti yang kami ini USM student... kami hanya isi borang, tidak berjaya mendapat apa-apa pekerjaan kerana over-qualified. Walau bagaimanapun, teman dan beberapa orang rakan dalam kursus yang sama bernasib baik kerana nama kami diajukan kepada agen pekerjaan (waktu itu, employment agency agak baru dan asing). Kami mendapat kontrak sebagai Stock Option Representative selama 4-5 bulan. Dapatlah cari modal untuk belanja menghadiri interview dan persediaan konvokesyen pada bulan Julai 1998. Tamat...

Semua aturanNya...

Hari ini  sepatutnya menjadi hari yang agak suram untuk teman... left WhatsApp group sekolah, tinggal seorang diri di rumah... 3 housemate balik kampung. Yang seorang lagi bekerja. Pagi-pagi lagi sudah bersiap keluar untuk menghantar kain dibuat baju kurung raya. Dua pasang. Sepasang dibeli sendiri. Sepasang lagi, hadiah semasa mengunjungi booth Bumiputra Retailers Organization di KLCC beberapa minggu lalu. Tak sangka pula dapat hadiah dari Jakel. Seronok berbincang dengan tailor baru di Kampung Baru, bagaimana cutting yang teman berkenan. Seusai urusan, ada jemputan tahlil dari salah seorang ahli tai chi, makcik Siti yang baru 3 bulan kehilangan suami. Rumah kami pun tak berapa jauh. Dalam perjalanan balik, singgah di rumah beliau. Berjumpa pula beberapa ahli tai chi yang agak rapat dengan teman. Mereka mengajak teman ke lagi satu kenduri aqiqah di hulu kelang pula. Malas teman nak pergi...tak berapa biasa dengan ahli tai chi yang baru. Maklumlah...dah banyak ponteng tai ch...

Ulang tahun ke-6

Ya... ulang sekali lagi... untuk tahun ke-6 teman berblog... Blok teman tiada bertambah follower... tak kisah... Blok teman tidak menjana pendapatan... tak kisah... Blok teman tidak konsisten dalam penerbitan tulisan... pun tak kisah... Yang teman kisahkan... luahan rasa, cetusan rasa dan pandangan untuk catatan diri dan kepada sesiapa yang sudi bertandang ke blok ini... Terima kasih kepada yang datang menjenguk laman Blok Teman. Terima kasih Allah atas anugerah kebolehan menulis, mengatur bicara, menyampaikan idea, masa kelapangan yang boleh dimanfaatkan, dan antara terapi terbaik tika menghadapi dugaan-dugaanMu.

Pandai engkau... aku tak boleh...

Image
 Ini foto rama-rama yang diambil semasa melawat Butterfly farm pada Chinese New Year yang lalu. Rama-rama ini menarik perhatian kerana cacat sayapnya tetapi masih terbang dan bergerak seperti biasa. Apa yang nak diceritakan kali ini?  Bertemu dua orang rakan persekolahan dalam tempoh dua minggu. Seorang di Bangi , seorang lagi di Kuala Kangsar . Gembiranya kami bertemu walau masa singkat dan masing-masing ada urusan lain. Persamaan luahan rasa dan kata-kata mereka sedikit menyentuh hatiku.... bukan tersinggung, aku faham, mereka seperti tertanya-tanya, bagaimana aku boleh melakukannya... benda mudah untukku, sesuatu yang agak mustahil untuk mereka lakukan. Apa yang mustahil untuk mereka tetapi lumrah untukku? Ya, bergerak ke sana sini seorang diri. Memandu dan mencari lokasi seorang diri, di tempat yang di luar kebiasaan.  Jawabku kepada sahabat lama yang pertama, "Dah kena buat, nak harap siapa?". Terdiam dia memandang wajahku. Itulah hakikat. ...

Hari Guru 2015

Di akaun lama sosial teman... facebook dan whatsapp group serta blogblog yang dikunjungi; majoriti mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua yang bertugas sebagai guru. Cikgu-cikgi sekolah. Menghargai semua bergelar pendidik adalah tanda terima kasih kita kepada mereka. Teman juga menerima ucapan Selamat Hari Guru dari bekas penuntut teman yang jauh di utara tanahair. Tersenyum teman... ada juga yang sudi mengucapkannya. Bagi teman, guru bukan sekadar yang bergelar guru, yang makan gaji sebagai guru. Guru adalah yang mendidik, menyampaikan ilmu (hatta sekelumit cuma). Ibu dan ayah kita adalah guru tidak formal yang pertama. Mengajar kita bercakap, berjalan, dan berlari. Guru bukan sekadar seorang insan. Makhluk Allah yang lain juga kita berguru tanpa sedar... mengkaji dan meneliti seekor semut mengajar kita tentang sifat rajin dan kerjasama. Semut itu guru kita. Ketika Qabil tidak tahu apa yang patut dibuat dengan mayat saudaranya, Habil; dua ekor burung berkelahi sehingg...

Teman lama kini di Bangi

Jumaat yang lalu, teman ada appointment di Bangi. Cuba2 menghubungi seorang teman lama. manalah tahu, jika beliau masih di bangi dan ada kesempatan bersua bertanya khabar buat seketika. Apabila sekali-sekala berjumpa teman lama, terubat kerinduan kenangan lalu. Update perkembangan masing-masing. Walaupun sebentar cuma berjumpa Dr Azimah, teman di zaman persekolahan dulu, ia menyuntik semangat baru dalam diri.  Berjumpa dan berbual-bual dengan orang yang mengenali peribadi kita dan kita juga mengenali peribadinya dalam jangka waktu yang lama.... umpama terapi mengenali diri dan membuah ceria di hati. Semoga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang dirahmatiNya. In sha Allah...

Awas! Waspada dengan si cantik manis ini

Image
Blok Teman tidak pernah mencoret rasa dengan menyebut nama seseorang yang teman berkecil hati atau tersinggung atau disinggung. Di atas blog ini sudah dinyatakan permohonan maaf jika ada yang tersinggung atau terasa disinggung dengan tulisan di blog ini.  Tetapi kali ini, sengaja teman mahu berkongsi kisah pengalaman teman dan rakan serumah bersama perempuan cantik manis ini.  Tujuan memaparkan foto nona manis ini untuk memberi peringatan dan supaya berwaspada dengan dia. Dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai FAS. Jadi kami memanggilnya FAS. Dengan bekas rakan-rakan sepejabat, dia juga dipanggil FAS. Bersama teman-teman pak Arabnya - NUR. Dan kami baru mendapat tahu, di kalangan keluarga dan saudara-maranya - MATON. Dia menjadi rakan serumah dan teman sendiri sebilik dengan dia. Jadi, banyak kisah yang kami kongsi bersama. Memandangkan teman terlalu sibuk dengan kerja, setiap hari pulang malam dan keluar seawal 7 pagi; teman meminta agar dia dan seorang ...